Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Februari 13, 2012

Pelacur asing dominasi KL



KUALA LUMPUR - Dua pusat hiburan dan sebuah res toran yang menjalankan kegiatan pelacuran dan dimonopoli wanita warga asing, diserbu polis awal pagi kelmarin menerusi Ops Noda yang dijalankan di Serdang, Jalan Pudu serta Bukit Bintang.Seramai 103 pelacur warga asing dicekup dalam ser­buan serentak bermula jam 1 pagi, melibatkan 25 pegawai dan 50 anggota polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan.

Dalam serbuan di sebuah restoran di Jalan Pudu, seramai 39 wanita warga China ditahan kerana menawarkan khidmat seks kepada pelanggan yang datang makan di premis terbabit.Sementara itu, dalam operasi berasingan di sebuah pub di Serdang, seramai 22 wanita Vietnam termasuk seorang warga Uganda dicekup, manakala 42 wanita Thailand yang menjadi penari dan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan ditahan di se buah kelab malam di Jalan Bukit Bintang.Semua pelacur ditahan berusia lingkungan 16 hingga 35 tahun itu dikesan memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan kebanyakan mereka gagal me nunjukkan dokumen pe ngenalan diri masing-masing ketika diperiksa.

Ketua Penolong Pengarah D7, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, pihaknya melakukan operasi besar-besaran itu selepas memperoleh maklumat berhubung aktiviti haram di ketiga-tiga premis terbabit.Beliau berkata, siasatan awal menunjukkan wujudnya pembahagian kawasan bagi aktiviti tidak bermoral itu yang hanya dimonopoli oleh pelacur dari negara tertentu.“Pelacur dari Thailand dilihat mendominasi aktiviti pelacuran di kawasan Bukit Bintang, manakala wanita China dan Vietnam, masing-masing banyak menguasai di kawasan Pudu dan Serdang Perdana.

“Hasil soal siasat mendapati wanita asing ini mengenakan bayaran serendah RM150 hingga RM300 kepada pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat seks daripada mereka,” katanya.Menurutnya, semua yang ditahan disiasat di bawah Peraturan 39 (b) Akta Imigresen 1963 kerana bekerja tanpa sebarang dokumen sah dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.SH
Published with Blogger-droid v1.7.4


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive