Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Februari 27, 2012

LEMBU NAIK WIRA

KULIM: Nasib nyata tidak menyebelahi dua lelaki apabila tindakan mereka mencuri dua lembu dengan menyumbatnya dalam Proton Wira Aeroback tidak berjaya apabila kenderaan terbabit terbabas dalam longkang di Kawasan Industri Kelang Lama di sini, semalam.

Kejadian berlaku jam 3.30 pagi menyebabkan dua lelaki berusia 20-an itu berputih mata apabila terpaksa melarikan diri meninggalkan kereta mereka bagi mengelak dicekup pihak berkuasa.Sumber berkata, polis menerima maklumat daripada orang ramai mengenai sebuah kereta terbabas dalam longkang di hadapan sebuah kilang di kawasan berkenaan.

Menurutnya, kereta terbabit dipercayai dipandu laju, hilang kawalan akibat jalan licin dan tersekat dalam longkang terbabit.“Kedua-dua mereka melarikan diri meninggalkan dua lembu itu dalam keadaan lali.“Pemeriksaan lanjut mendapati tempat duduk belakang diubah suai.

Kerusinya dibuang memudahkan mereka menyumbat lembu terbabit.“Dua ekor lembu termasuk seekor anak yang ditemui dalam kereta itu lemah kesan ubat pelali,” katanya.Menurutnya, polis turut menemui dua batang sumpit dan ubat pelali yang dipercayai digunakan suspek untuk menangkap lembu terbabit.“Polis belum mengesan pemilik dan lokasi haiwan berkenaan dicuri.

Kami kini sedang menjejaki kedua-dua suspek yang menghilangkan diri bagi membantu siasatan,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Published with Blogger-droid v1.7.4
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive