Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Februari 11, 2012

TUBIK MASUK LAGU DANGDUT LUCAH

Penulis nak tergelak pun ada sebaik saja menonton klip video lagu dangdut ni.

Bukan sebab suara penyanyinya lari ‘pitching’ atau tariannya ke laut…kedua-duanya bagus sebenarnya.

Cuma liriknya bunyi ‘pelik’ sikit.

Tajuknya Tubik Masuk. Ia adalah lagu loghat Kelantan.

Maksudnya lebih kurang macam Keluar Masuk lah.

Rasanya dah lama ia dimuat naik dalam laman YouTube.

Sehingga kini lebih 100,000 orang telah menontonnya.

Lirik dia memang lucah habislah kalau kita amati, antaranya:



Suk suk tubik masuk

Masuk lagi aarrghhhh!!! tubik lagi

Jak jak jak memey sedap

Lamo lamo ah ah ah kohok sedap

dipegey-pegey disedut-sedut



Isk tak sanggup pula rasanya nak tulis habis senikatanya.

Rupa-rupanya bila tengok sampai habis baru penulis tahu….lagu ini mengenai ‘nikmatnya’ bila menghisap rokok.

Baik, mungkin ramai nak tahu siapa penyanyi Wani ni?

Harian Metro 17 September 2011 ada menyiarkan berita tentang Wani, seorang penyanyi dikir barat moden sensasi Kelantan yang menampilkan imej seksi dan goyangan-goyangan dangdut.

” Saya bukan perosak dikir barat Kelantan, ” kata Wani (Azmahirwani Nordin, 21) yang buat pertama kali ‘membuka mulut’ berhubung pelbagai cemuhan dan kritikan yang dilemparkan terhadapnya sebelum ini.

Wani mengakui banyak menerima kritikan yang mengatakan dia artis murahan dan mencari publisiti dengan imej seksi.

Dia dikatakan mencemar seni dikir barat Kelantan gara-gara lagu yang dinyanyikan dan penampilannya.

” Saya tidak berniat untuk mencemarkan nama baik dikir barat di negeri ini. Mungkin ada yang salah faham bahawa dikir moden tiada kaitan dengan dikir barat asli kerana dikir moden lebih kepada nyanyian versi loghat Kelantan yang disadur dengan pelbagai irama seperti pop.

” Mengenai imej seksi, saya mohon maaf andai penampilan saya itu keterlaluan,” katanya.

Berbalik pada lagu Tubik Masuk tu, apa-apa ajalah, sama ada ia berbaur lucah, atau menghisap rokok, bagi penulis ia tetap TAK KENA LANGSUNG!

Tak dapat penulis bayangkan kalau anak-anak kita sambil buat kerja sekolah, tiba-tiba dok nyanyi lagu ni, mau pengsan atuk dengan nenek diaorang kalau mendengarnya!

Ramai orang kata, jangan ambil serius, ia cuma hiburan, entahlah, anda pula bagaimana….ke minat juga lagu Tubik Masuk ni? – Oleh SYAHRIL A. KADIR



Mynewshub
Published with Blogger-droid v1.7.4

2 ulasan:

  1. lagu ni da lama dan asal usul lagu ni dripada penyanyi dangdut indonesia...
    irama dangdut mcm yg diketahui umum mmgla ada unsur2 yg berbaur lucah..tp bergantung kepada niat dan fahaman org tersendiri..
    bg yg ada anak2 kcik tu, bimbingan ibu bapa tu penting..kalau bukan drpd lagu mcmnie, ibu bapa yg xdpt bg didikan sempurna pon mendorong anak2 kearah yg xelok jugakkan..
    tgok dri segi positif..
    terpulang kpd penilai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama13/1/18 9:53 PG

      Lagu berunsur lucah mcm ni la salah satu punca yg mendorong anak2 kearah yg x elok. Positif ape nyer?? Byk lg senikata lain tp nk jgk yg lucah2. Byk lg dikir barat yg lucah jgk. Bkn ni satu je!!!!!
      Bergantung pd niat?? Xde maknanya!! Apa yg kita dgr itu la yg kita akn faham. Xde makna niat2 bagai!

      Padam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive