Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Februari 21, 2012

Mat Salleh Bercium Di Lobi, Arab Mengamuk Pukul Perempuan – Siapa Yang Salah Ni?


KOTA KINABALU – Kejadian yang dimaksudkan dalam tajuk di atas berlaku di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini dan ia berjaya dirakam serta dimuat naik ke Youtube.

Ia bermula dengan sikap satu pasangan barat dan tempatan (lelaki dan perempuan) yang dikatakan bercium di lobi sebuah rumah persinggahan backpackers.

Mungkin disebabkan tidak dapat menerima apa yang berlaku, seorang pelancong Arab telah mengamuk dan menyerang dua wanita di rumah persinggahan berkenaan.

Lelaki Arab dilihat berkenaan berulang kali berkata Malaysia ini negara Islam dan sikap pasangan itu tidak boleh diterima.

Kejadian itu dimuatnaik ke Youtube serta-merta selepas kejadian iaitu pukul 6.30 petang pada 9 Februari lalu.

Pelancong Daniel Gunn, 30, yang merakam episod tersebut mendakwa, dia telah mencium pipi teman wanitanya di kawasan ruang tamu dan kelakuannya menimbulkan kemarahan lelaki Arab itu.

“Saya cuba menenangkannya tetapi dia bertambah marah,” kata rakyat Kanada itu.

Gunn berkata pada masa itu, Dewina Jolilin, 22 (penyambut tetamu rumah persinggahan tersebut) menegur lelaki Arab berkenaan, yang hanya membuatkannya bertambah bengang kerana dia beranggapan penyambut tetamu itu, seorang yang beragama Islam, patut juga marah dengan sikap pasangan barat terbabit.

Dia kemudian memukul muka Dewina dengan beg plastik, menyebabkan Gunn dan teman wanitanya datang membantu penyambut tetamu tersebut.

“Teman wanita saya memberitahu lelaki Arab itu yang dia tidak boleh menyerang wanita. Dan kemudian, dia juga diserang,” Gunn berkata.

Lelaki Arab itu kemudian berlari keluar dari rumah persinggahan berkenaan dan menaiki sebuah teksi. Dia dipercayai tidak menjelaskan bilnya dengan rumah persinggahan berkenaan.

Polis kini mencari suspek berkenaan, yang dilihat dalam klip video sedang menyerang Dewina dan kemudian menuju ke arah seorang lagi wanita, dikatakan teman wanita tempatan seorang pelancong Kanada di sini.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata, penyambut tetamu itu telah membuat laporan polis terhadap suspek, yang kali terakhir di lihat meninggalkan rumah persinggahan tersebut dalam keadaan marah dengan menaiki teksi.

mynewshub



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive