Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Februari 15, 2012

BN muhong kata pelancong merosot ke Langkawi tapi hotel FULLLLL...

Permodalan Kedah Berhad bina hotel di Langkawi



Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM



LANGKAWI – Anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah, Permodalan Kedah Berhad (PKB) bakal bangunkan hotel bertaraf tiga bintang di Pekan Kuah, di sini bagi menampung keperluan penginapan berikutan peningkatan pelancong.



Pengarah Urusan Kumpulan PKB, Haji Harun Khalib berkata, hotel 14 tingkat ini menelan belanja RM50 juta dan diuruskan berasaskan konsep ‘halalan toyyiban’.



Satu kelainan hotel ini adalah kita akan menguruskan hotel berasaskan halalan toyyiban, sebagai contoh, kita akan adakan dua kolam renang, iaitu dipisahkan untuk lelaki dan perempuan, belum ada lagi hotel di Langkawi yang ada dua kolam renang berasingan.



“Berprinsipkan halalan toyyiban juga, minumam keras sama sekali tidak disediakan di hotel ini,” jelas beliau pada majlis pecah tanah hotel projek hotel 14 tingkat, di sini.



Tambah beliau, PKB memilih membina hotel taraf sederhana, yang mana golongan berpendapatan rendah mampu untuk menginap di hotel ini.



“Sebelum ini belum ada hotel kepunyaan anak syarikat kerajaan negeri di Langkawi, jadi kita berbangga dengan usaha ini, separuh pembiayaan hotel ini diperolehi daripada Affin Islamic Bank.



“Hotel 14 tingkat ini dilengkapi dengan 206 bilik penginapan, di samping itu kita juga ada suite sebanyak 26, jadi mereka yang inginkan bilik yang lebih luas boleh tempah suite, ada bilik persidangan, dan kepada mereka yang mahu buat kenduri di tempat-tempat khas, hotel ini juga menyediakan ruang untuk reception



Menyentuh mengenai nama hotel, Haji Harun memberitahu mereka belum menetapkan nama sehingga ia siap.



Apabila siap kelak, hotel ini diuruskan oleh anak syarikat PKB, PKB Hotel Management Sdn Bhd.



“Nama hotel tak bubuh lagi, sebab ikut hukum syarie, bila siap baru bubuh nama, kami juga ikut ungkapan YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan, bubuh nama bila dah beranak,” ujar beliau.

kedahla


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive