Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Februari 28, 2012

Ditahan ISA kerana ‘molotov coctail’ tapi disoal siasat isu politik


(Mohd Martin Kahar)
KUALA LUMPUR: Saksi pendakwaa kes saman terhadap kerajaan Malaysia yang dikuasai Umno Barisan Nasional (BN), Saari Sungip mendedahkan, sebahagian besar soal siasat sepanjang dua tahun ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), adalah soal politik untuk meyakinkan beliau supaya tidak menjadi penyokong politik pembangkang.
Beliau yang kini Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, menafikan terlibat dengan aktiviti militan dan tiada kaitan dengan kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) ketika yang menyatakan mereka mengeluarkan senjata api dan molokov koktel.
“Secara realitinya, kami tidak tahu apa yang berlaku. Kami hanya tahu selepas kami dihantar ke kem Kemunting.
“Selepas dua bulan, barulah kami tahu sebab penahanan ialah tuduhan berdasarkan kenyataan KPN, Tan Sri Norian Mai, kononnya kami cuba melancarkan serangan ke atas kerajaan Malaysia,” katanya.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memulakan prosiding perbicaraan bekas tahanan ISA terhadap Kerajaan Malaysia dan Norian Mai berikutan penahanan yang tidak mengikut undang-undang.
Selain Saari, mereka yang memfail saman ialah Tian Chua, Hishamuddin Rais, Saari Sungip, Dr Badrulamin Bahron, Abdul Ghani Haroon, N Gobalakrisnan dan Badaruddin Ismail.
Pada 2001, mereka ditahan di bawah ISA atas tuduhan merancang untuk menjatuhkan kerajaan secara kekerasan dengan memiliki senjata berbahaya seperti molotov coctail dan grenade launcher.
Panel hakim Mahkamah Persekutuan, Mohamed Dzaidin, Abdul Malik Ahmad dan Siti Norma Yaakob pada 6 September 2002 kemudian memutuskan mereka tidak bersalah dan penahanan mereka dianggap ‘malafide’(berniat jahat).
Bagaimanapun, kerajaan Umno BN tidak menerima pakai keputusan itu dan mengarahkan mereka ditahan mengikut Seksyen 73, ISA selama dua tahun sehingga 2003.-KD



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive