Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Februari 28, 2012

SIMPAN JE LA JANJI TU NAJIB...


GORENG JANGAN TAK GORENG


DEY MACHA!!!
PASAI PA KENA TUNGGU MENANG 2/3 BARU BOLEH PINDA?
KALAU IANYA UNTUK KEBAIKAN RAKYAT
BUAT LA NI PUN BOLEH
PAKATAN RAKYAT PUN AKAN SOKONG USUL TU
TAK PAYAH LA NAK KELENTONG
BILA MENANG 2/3 BARU NAK BUAT
CAKAP BIAQ PAKAI OTAK SIKIT
KAH! KAH! KAH!

KENA MENANG 2/3 BARU NAK BERLAKU ADIL KOT?
PATUTLA KES LEMBU KONDO TAK SETEL-SETEL LAGI
RUPANYA RAKYAT KENA GORENG DULU
KAH! KAH! KAH!


PM janji lebih kuasa bagi SPRM jika BN dapat 2/3

BN terus menaburkan janji pilihan raya hari ini dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  berkata sekiranya mereka merampas kembali majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang,

NONEAntaranya, Najib yang juga pengerusi BN itu berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan diberi lebih kebebasan.

Sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Anti Rasuah, seperti yang dicadangkan oleh lembaga penasihat SPRM, akan ditubuhkan untuk membolehkan badan pemantau anti-rasuah itu mempunyai kawalan penuh ke atas pegawai-pegawainya, termasuk kuasa untuk melantik dan memecat mereka, katanya.

"Saya bersetuju dengan pandangan lembaga penasihat SPRM bahawa untuk mencerminkan kebebasan SPRM, sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Anti Rasuah perlu diwujudkan. Suruhanjaya ini akan diberi kuasa untuk melantik dan memecat kakitangan SPRM.

"Tetapi isu ini perlu pindaan perlembagaan. Insya-Allah jika BN diberi mandat dua pertiga dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang, pindaan perlembagaan akan dijalankan dan suruhanjaya ini akan ditubuhkan," kata Najib semasa merasmikan Program Pegawai Integriti Bertauliah di Putrajaya hari ini.

NONEBuat masa ini, kakitangan SPRM adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, sama seperti semua agensi kerajaan yang lain.

Antara perkara lain yang juga dipertimbangkan oleh kerajaan, kata Najib, adalah status Ketua Pesuruhjaya SPRM, yang boleh dinaik taraf mengikut perlembagaan seperti jawatan Peguam Negara, Ketua Audit Negara dan hakim-hakim, untuk memastikan kebebasan dan ketelusan.-MK


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive