Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, November 22, 2018

Memang kita sudah ditipu oleh Jho Low, kata Najib


Bekas Perdana Menteri, Najib Razak mengakui beliau ditipu oleh tokoh perniagaan kontroversi yang kini menjadi buruan, Jho Low yang dituduh menyalahgunakan dana 1MDB.

“Ya, kalau begitu, memang kita (sudah ditipu), itulah kesimpulan kalau kita ambil kira apa yang kita tahu hari ini , itu sebenarnya,” katanya semasa wawancara secara langsung secara eksklusif dengan Sinar Harian hari ini.

Najib ditanya oleh penasihat editorial Karangkraf, Abdul Jalil Ali, jika beliau mengakui bahawa dirinya telah ditipu oleh Low.

Najib, bagaimanapun, bertegas bahawa beliau sendiri berada dalam kegelapan berhubung dakwaan penyelewengan dana 1MDB.

“Itu saya kata tindakan perlu diambil, kalau jelas dia (Jho Low) lakukan kesalahan, masa itu kita telah lantik peguam, audit, dan Golman Sachs, sebuah investment bank (bank pelaburan) yang begitu tersohor peringkat global.

“Tanggung jawab bank (itu) ialah mejaga kepentingan Malaysia, jadi kalau dia gagal menjaga kepentingan Malaysia, macam mana saya nak tahu, patut dia beritau ada sesuatu yang tidak betul.

“Dia (Jho Low) jelas telah gagal (dalam) tanggungjawabnya, Misalnya Goldman Sachs, maknanya sistem yang kita wujudkan nak jaga kepentingan invesment bank, peguam, juru audit semua, mereka telah telah tidak memainkan peranan yang sebenarnya ,” katanya.


Malah,kata bekas perdana menteri itu, Low perlu dikenakan tindakan undang-undang sekiranya segala kesalahan atau aktiviti pecah amanah itu dapat dibuktikan.

“Kalau dia buat kesalahan dan pecah amanah, itu bertentangan dengan undang-undang, jadi tindakan perlu diambil terhadap beliau,” katanya.

Najib juga menjelaskan bahawa hubungannya dengan Low dalam isu 1MDB hanyalah atas dasar profesional semata-mata untuk meningkatkan ekonomi negara.

"Sebelum isu 1MDB, Jho Low ada hubungan yang rapat dengan negara Timur Tengah terutama Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan lain-lain. Dia berjaya bawa pelaburan.

“Saya melihat dia dari sudut itu kalau kita boleh gunakan hubungan baik beliau untuk tingkatkan ekonomi. Tapi saya tak tahu hubungan peribadinya, saya tak terlibat dan tak tahu langsung apa dilakukan (di luar).

“Apa dia lakukan, dikatakan dia ada yatch (kapal layar) besar, kapal terbang, saya tak tahu, hubungan saya dengan dia adalah hubungan professional,” kata Najib.


Pada 20 September lalu, Najib mengaku tidak bersalah atas 21 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima, memindahkan dan membayar jumlah sama hasil daripada aktiviti haram.

Beliau juga didakwa atas empat pertuduhan salah guna kedudukan sebagai perdana menteri, menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion.

MK

Isnin, Julai 30, 2018

Orang Asli halang pekerja ladang Musang King


GUA MUSANG - Suasana kecoh berlaku di kawasan sekatan Orang Asli Kampung Kaleg, Pos Tohoi di sini apabila 30 penduduk Orang Asli menghalang pekerja ladang durian Musang King yang ingin memasuki kawasan mereka, semalam.

Orang Asli bertindak agresif apabila tidak mahu membuka sekatan sehingga sanggup ‘tidur’ di atas jalan dan rela 'dilenyek' jentera pihak peladang.

Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan, Mustafa Along berkata, kejadian itu berlaku kira-kira ‪pukul 9‬ pagi apabila sekumpulan pekerja ladang yang menaiki kenderaan pacuan empat roda dan jentera ingin memasuki kawasan ladang Musang King seluas kira-kira 400 hektar di Pos Simpor.

“Berlaku pertengkaran kecil antara kedua-dua pihak sehingga waktu petang apabila Orang Asli tidak mahu berganjak.

“Bagaimanapun, pekerja berkenaan terpaksa mengalah dan berpatah balik keluar dari kawasan sekatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - K! ONLINE


Selasa, Julai 03, 2018

Selepas Najib tidur di lokap SPRM malam ini, apa yang boleh dijangka esok?

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi.
Mengesahkan perkara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, beberapa pegawai suruhanjaya tersebut telah hadir ke rumah Najib di Langgak Duta di sini petang ini sebelum membawa bekas Presiden UMNO itu.
Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar memaklumkan apa yang menjadi perhatian esok ialah apakah tuduhan-tuduhan yang akan dikenakan terhadap bekas perdana menteri yang juga bekas Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB itu.

"Hari ini merupakan hari yang bersejarah, pada kebiasaannya malam ini kena tidur dalam lokap SPRM.

"Esok kita boleh lihat apakah tuduhan-tuduhan sama ada Kanun Keseksaan, Akta Pencegahan Rasuah atau AMLA," kata Akhbar kepada Astro AWANI

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan didakwa pagi esok di Mahkamah Kuala Lumpur.

Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB mengesahkan tangkapan terhadap Najib, pada jam 2.35 petang berkaitan SRC International Sdn Bhd.

Task Force 1MDB yang terdiri daripada bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador mengesahkan tangkapan dibuat di kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur, hari ini.



Rabu, Jun 06, 2018

NAJIB BERPELUH HADAPI TOMMY THOMAS

DILEMA MELAYU
SIRI 677
NAJIB BERPELUH
HADAPI TOMMY THOMAS4

Syukur alhamdulillah akhirnya drama perlantikan Peguam Negara baru Tommy Thomas berakhir. Bekas Peguam Negara, Apandi Ali dipecat. Bye-bye Apandi. Dulu jadi calon UMNO kalah di Kelantan. Disintuklimau Najib jadi Peguam Negara kamu cuba lindungi penyamun kelas cakrawala. Tuah hilang, sial yang datang.

Najib boleh tempah bekas Peguam Negara US sebagai penyelamatnya menghadapi kes 1MDB. Dunia tunggu keputusannya. Tommy Thomas akan pastikan kamu dan para kroni kamu akan merengkuk berpuluh tahun dalam penjara bukan saja di Sg Buloh tetapi juga di US, Switzerland, Singapura dan Hong Kong entah di mana lagi. Mungkin kamu dan para kroni reput dalam penjara kelak.

Skandal 1MDB datuk nenek segala skandal beb. Siapa sangka anak Tun Razak, mantan Presiden UMNO, mantan PM, dipacu bininya super rakus, super boros, super gila kuasa, akhirnya menjilat bumi pada 9 Mei lalu. Mantra 'cash is king' rupa-rupanya tak berkesan untuk merasuah berjuta rakyat yang benci terhadapnya, bininya, anaktirinya dan kerajaan super korup BN pimpinannya. Dengan kuasa Allah Tun M berusia 92 tahun, yang dihina, dicerca, diugut, menjatuhkan pahlawan Bugis dalam pertarungan hidupmati politik masing-masing pada pru 14 lalu.

Seluruh rakyat cinta damai sembahyang hajat dan berdoa agar Tommy Thomas berjaya mengheret Najib dan kabilah koruptornya dalam skandal 1MDB dan SRC International ke penjara kelak. Mereka pengklhianat negara. Tak ada maaf bagi penjenayah seperti mereka. Rakyat terpaksa membayar hutang 1MDB berjumlah RM42 billion lebih akibat tindakan penyamun Bugis dan bininya serta Jho Low dan kabilah kroni mereka.

Janji kerajaan PH mesti ditunai. Tun M akan buktikan kepada masyarakat dunia Malaysia tidak melindungi para koruptor kelas super jerung dan naga. Welcome Tommy Thomas. Najib is shivering in his pants now.

*Yahaya Ismail*


Khamis, Mei 10, 2018

LIVE MAJLIS ANGKAT SUMPAH PERDANA MENTERI MALAYSIA #pru14




LIVE MANDAT PAKATAN HARAPAN




LIVE MANDAT PAKATAN HARAPAN




Selasa, Mei 08, 2018

TERKINI: PERUTUSAN KHAS ANWAR IBRAHIM BUAT RAKYAT MALAYSIA MENJELANG PRU14



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Saudara saudari yang saya muliakan,

Dari Hospital Cheras, dengan kawalan ketat pegawai penjara, saya mohon saudara saudari bersama dalam gerakan rakyat menuntut perubahan sempena PRU14.

Terdapat beberapa persoalan yang perlu dijelaskan kerana berulang kali diungkit oleh pimpinan UMNO-BN dan lain-lain.

Paling mereka khuatiri adalah gandingan Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim hinggakan TV3 menyiarkan pidato lama saya menyerang Tun Mahathir. Malah mereka lahirkan rasa aneh dan bingung mengapa saya dan keluarga sanggup berpakat dan mempercayai Tun Mahathir.

Sewajarnya sebagai Muslim dan naluri insani, kita gembira dengan semangat ukhuwwah, silaturrahim dan persahabatan yang terjalin.

Saya, Azizah dan sekeluarga tidak menafikan keresahan awal, namun pertimbangan - faaslihu baina akhawaikum - (Sebab itu, perbaikilah (damaikanlah), hubungan antara kedua saudaramu – Al-Hujurat Ayat 10) dan kepentingan negara dan rakyat mengatasi semua perkiraan lain.

Tun Mahathir membuktikan dengan kegigihan berjuang; menerima keterbatasan lalu; memohon maaf dan mengorbankan masa dan tenaga untuk mengangkat  darjat dan martabat rakyat dan negara. Beliau bersabar menerima penghinaan UMNO-BN sambil menumpukan perhatian memperkukuh jentera Pakatan Harapan (PH).

Saya ingin menyeru agar rakyat  memberikan dokongan untuk membolehkan beliau memperbaiki kebobrokan negara akibat rasuah dan penyalahgunaan kuasa kerajaan UMNO-BN di bawah pimpinan Dato’ Seri Najib Razak.

Kempen UMNO-BN tertumpu kepada usaha menakutkan rakyat terutama masyarakat  Melayu kononnya akan diperalatkan DAP.

Sentimen perkauman ditiup kerana kegagalan UMNO-BN menjawab skandal 1MDB, FELDA, dan keperitan rakyat akibat lonjakan harga setelah GST diperkenalkan.

Rakyat adalah penentu; bukan wang sogokan tauke atau saudagar kaya; bukan fitnah dan propaganda media yang dikuasai UMNO-BN.

Pakatan Harapan mendambakan perubahan; kepedulian rakyat dan pengukuhan institusi negara selaras dengan semangat Perlembagaan negara.

Kami bertekad untuk bekerja menggalas tugas dengan penuh amanah dan kesedaran.

Kami yakin kedudukan Islam akan lebih mekar dengan menjamin kebebasan beragama. Yang akan dibela adalah rakyat semua kaum. Umat Melayu dan bumiputera yang dibantu adalah di kalangan rakyat kebanyakan dan bukannya keluarga dan kroni kaya.

Dalam tempoh 24 jam, masa depan negara dan nasib rakyat akan di tentukan oleh saudara saudari.

Dengan lafaz Bismillah, undilah dengan bijak dan bertanggungjawab.

Rakan-rakan yang telah bersama sejak 2013 perlu bangkit menggerakkan rakyat dalam muafakat mantap Pakatan Harapan. Bantu ibu bapa, sanak saudara dan adik  adik untuk turut mengundi.

Kepada Allah SWT kita pohon petunjuk dan keberkatan.

Anwar Ibrahim
7 Mei 2018









Rabu, Februari 07, 2018

DOA UNTUK RAFIZI

KEPUTUSAN KES NFC: RABU, 7 FEBRUARI 2018


Esok (Hari ini 7/2/18), Hakim Zamri Bakar akan membacakan keputusan perbicaraan dakwaan di bawah Akta Bank & Institusi Kewangan (BAFIA) yang menuduh saya dan Johari Mohamad (bekas kerani Public Bank) membocorkan maklumat kewangan ahli keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan beberapa syarikat milik mereka.

Hukuman maksima di bawah akta ialah penjara 3 tahun, atau denda RM3 juta atau kedua-duanya sekali.

Jika dijatuhkan hukuman bersalah (cenderung ke arah itu), ada beberapa kemungkinan hukuman yang dijatuhkan:

1) Penjara (lebih setahun) tetapi dibenarkan “stay of execution” dan tidak berjalan sehingga selesai proses rayuan

2) Penjara (lebih setahun) dan tidak dibenarkan “stay of execution”, maka hukuman penjara berjalan serta-merta esok

3) Penjara (lebih setahun) dan denda (mungkin RM300,000 ke atas). Hukuman penjara dibenarkan “stay of execution”, tetapi denda perlu dibayar serta-merta. Jika saya gagal membayar denda esok, saya akan dipenjarakan dahulu sehinggalah saya membayar denda tersebut

Ada juga kemungkinan saya didapati tidak bersalah tetapi melihat perjalanan perbicaraan, naluri saya merasakan itu tidak akan berlaku. Ada juga kemungkinan hukuman penjara atau denda yang dikenakan adalah jauh lebih ringan, namun melihat perjalanan perbicaraan: saya tidak optimistik.

Ramai yang bertanya mahkamah mana dan pukul berapa.

Keputusan akan dibacakan oleh Hakim Zamri Bakar sekitar jam 930 pagi esok (Rabu, 7 Februari 2018) di Mahkamah Sesyen (Jenayah 3), Tingkat 8, Kompleks Mahkamah Shah Alam.

Jika ada kelapangan malam ini, saya mohon sahabat-sahabat mendoakan Allah beri perlindungan kepada saya dan memudahkan urusan saya esok.

“Mereka merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang”

Rafizi Ramli
Ahli Parlimen Pandan.



Isnin, Januari 15, 2018

Serah kerusi: 'Parti suci, parti sarkas tak akan faham'




Pemimpin pusat Parti Amanah Negara (AMANAH) menolak dakwaan Gombak sebagai kerusi tidak selamat Pakatan Harapan, yang memaksa Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali menyerahkannya Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Bagi saya secara peribadi, dengan pelbagai insentif yang kerajaan Selangor perkenalkan kepada rakyat Selangor dan termasuklah insentif menarik dalam bajet negeri baru-baru ini, MB Selangor tersangat popular untuk ditumbangkan di Gombak meskipun wujud tiga, hatta 10 penjuru sekalipun,” kata Hanipa Maidin.





Azmin pada Sabtu lalu menawarkan calon perdana menteri HARAPAN untuk bertanding di di Gombak dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang jika dipersetujui PKR.

Tawaran itu dibuat selepas Dr Mahathir berkata Azmin berkebolehan menjadi perdana menteri namun tidak terpilih.

Dalam pilihan raya umum lalu, Gombak yang mempunyai 123,290 pengundi dimenangi Azmin pada PRU 2013 dengan majoriti 4,734 atau 51.4 peratus undi.

Menulis di Facebook, Hanipa berkata hanya parti lawan yang melatah apabila Azmin menawarkan kerusi itu kepada Mahathir.

“Bila MB Selangor menawarkan kerusi parlimen Gombak kepada Tun M, nampaknya yang bertempik kuat dan melatah adalah parti suci dan parti sarkas.

“Kedua-dua parti suci dan parti sarkas ini mendakwa kononnya MB Selangor itu sengaja tawarkan kerusi Gombak sebab beliau rasa ianya kerusi yang tak selamat bagi beliau,” katanya.

Hanipa berkata beliau bersetuju dengan pandangan anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bahawa tawaran itu adalah manifestasi pengorbanan dan kesepaduan dalam HARAPAN “yang mungkin sukar difahami oleh parti suci dan parti sarkas.”

Pemimpin Umno dan PAS dilaporkan sinis dengan tawaran Azmin itu dan mendakwa ia hanya alasan untuk lari daripada 'kegagalan' berkhidmat kepada penduduk dan bersifat 'sabota


Read more at https://www.malaysiakini.com/news/408703#RdL37lbrVhQtWqbO.99










Khamis, Januari 11, 2018

'JIka Anwar banduan, kenapa PM jumpa dengannya?'


Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang banduan, mengapa perdana menteri Malaysia menemuinya, soal peguam kepada bekas ketua pembangkang itu.

N Surendran merujuk kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed yang menggambarkan Anwar sebagai banduan susulan tindakan pihak penjara melarang Tun Dr Mahathir Mohamad menemui anak guamnya itu.

"Sekiranya beliau hanya seorang banduan, mengapa perdana menteri Malaysia melawatnya," soal Surendran.

November lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melawat Anwar selepas ketua umum PKR itu menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur.

Menyifatkan tindakan Nur Jazlan sebagai "memalukan dan terdesak oleh seorang menteri junior", Surendran juga mendakwa ia mendedahkan ketakutan Umno terhadap Anwar.

"Itulah yang Umno rasakan perlu menggelarnya sebagai banduan yang hanya mendedahkan ketakutan Umno terhadap Anwar sebagai lawan politik," katanya.

Tambahan pula, Surendran mendakwa tiada seorang di Malaysia menganggap Anwar sebagai "banduan" melainkan menganggap beliau sebagai seorang "tahanan hati nurani".

"Sabitan dan pemenjaraannya telah menerima kutukan yang meluas di dalam negara kita dan di seluruh dunia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa, organisasi dan individu terkenal di seluruh dunia menganggap pemenjaraan beliau adalah salah dan menggesa pembebasannya tanpa syarat.

"Bahkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, melalui Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari menyebut pemenjaraan Anwar dilakukan sewenang-wenang dan mendesak pembebasannya segera," tambahnya.

Beliau juga menegaskan bahawa faktor Anwar terus mempengaruhi perbincangan mengenai Pilihan Raya Umum Ke-14.

"Selain menafikan lawatan Mahathir untuk bertemu Anwar, menggelarnya sebagai banduan adalah lebih buruk lagi," katanya.


Mengulas mengenai keputusan pihak penjara tidak membenarkan lawatan Mahathir semalam, Nur Jazlan dilapor berkata bahawa Anwar, sebagai "banduan", masih tertakluk kepada peraturan penjara.

Anwar menjalani pemulihan selepas melakukan pembedahan di Hospital Rehabilitasi Cheras di Kuala Lumpur.

Bekas pemimpin pembangkang itu menjalani hukuman penjara selama lima tahun kerana kesalahan liwat yang didakwanya merupakan konsipirasi politik.


Read more at https://www.malaysiakini.com/news/408333#TEuyo9A0RGXKUFbD.99





LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive