Dey Macha

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, September 22, 2019

SELEBRITI POPULAR DIMANIPULASI PROMOSI VAPE?



Anda kenal wajah wajah yang menghiasi kotak cecair nikotin ini?

Ya, mereka adalah selebriti popular, yang telah menyerahkan WAJAH mereka untuk dipromosikan di kotak dan iklan cecair nikotin.
.
Semakin di tegur, semakin menjadi jadi.

Apabila ibu bapa dan guru guru mengadu, semakin ramai anak anak sekolah mula terjebak dengan vape, TIADA pihak yang mengaku bertanggungjawab.

MEREKA beramai ramai mengangkat papan tanda #Not4kids, kononnya sebagai semboyan untuk membantah penjualan vape kepada golongan bawah umur.

Hakikatnya, tangan kanan mengangkat papan tanda #Not4kids, tangan kiri pula pulun melakukan promosi besar besaran.

Tanpa mereka sedari, yang terjerat dengan promosi besar besaran ini tidak lain dan tidak bukan, ANAK ANAK KITA. Siapa lagi yang begitu mudah dipengaruhi jika bukan remaja?
.
SELEBRITI DIMANIPULASI PROMOSI VAPE

Terkini, semakin ramai selebriti popular Malaysia disogok untuk mempromosikan produk haram mereka. Tidak cukup dengan Instagram review dan promosi di media sosial , wajah selebriti popular dipergunakan di kotak kotak cecair nikotin.

Selebriti yang dipilih bukan calang calang ya. Mereka merupakan pengacara dan juri untuk untuk rancangan bakat kanak kanak. Ada selebriti yang galak mempromosikan vape sering dijemput ke sekolah untuk memberi ceramah motivasi.

Jika zaman 90 an dahulu, artis lelaki pernah digam penampilan di media kerana berambut panjang. Mampukah kita melakukan perkara yang sama kepada selebriti yang mempromosikan produk ketagihan sebegini?
.

Apa buktinya selebriti dan perisa vape mempengaruhi anak anak

NAH, sila hadamkan data dari kajian TECMA 2016. Di anggarkan, 300 000 pelajar sekolah merupakan pengguna rokok elektronik. Apabila disoal, mengapa mereka mula menggunakan vape,

✅ 77.3% pelajar mengaku sukakan perisa dan bau vape.
✅ 20.3% mengaku terpengaruh dengan selebriti popular.

Selebriti mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat. Ramai selebriti seperti Maya Karin, Lisa Surihani, SIti Nurhaliza giat melakukan promosi untuk kebaikan masyarakat.

Mengapa ANDA sanggup membiarkan wajah anda terpampang di kotak NIKOTIN,sejenis cecair yang menyebabkan ketagihan?

Ketahuilah begitu ramai pelajar mula terjebak dengan vape. Kajian telah membuktikan, guru guru juga telah mengakui.
.
Dewan Perniagaan Vape Malaysia , MEVTA dan lain lain organisasi tidak cukup mengangkat papan tanda #Not4Kids jika promosi licik seperti ini terus berleluasa.

Sumber FB


Sabtu, September 07, 2019

TIKET "EARLY BIRDS" THAILAND VS UAE BULAN OKTOBER DAH HABIS DIJUAL!!!!!


Tiket "early bird" perlawanan Thailand menentang UAE pada bulan Oktober depan sudah habis dijual.

Hal ini kerana penyokong Thai tak mahu lepaskan peluang menyaksikan perlawanan menentang pasukan gergasi Asia.

Bagaimana pula dengan penyokong Malaysia ??

Ayuhh...kita penuhi Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari selasa ini. Sokongan padu anda mampu membangkitkan semangat pemain untuk mengejutkan UAE.

Jangan lupa beli tiket secara online di sini, https://ticket.tickethotline.com.my/


Khamis, September 05, 2019

LIVE INDONESIA VS MALAYSIA : KELAYAKAN PIALA DUNIA 2022 JAM 8 MALAM INI!!!


Saksikan Perlawanan Sensasi jam 8 malam ini secara HD!!!

KLIK DI SINI UNTUK SIARAN LIVE HD

KLIK DI SINI UNTUK SIARAN SD (INTERNET LEMBAB)




Selepas berjaya menewaskan Timor Leste pada pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022, Malaysia telah layak untuk mara ke pusingan kedua dan ditempatkan di balang undian ke-empat. Namun, Skuad Negara bakal berdepan cabaran besar apabila diundi berada dalam kumpulan G bersama-sama pasukan hebat iaitu UAE, Vietnam, Thailand dan Indonesia.
Berada di posisi G4, perlawanan pertama bagi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022 pasukan Malaysia adalah menentang Indonesia. Perlawanan dijadualkan berlangsung pada hari Khamis, 5 September 2019, jam 8.30 malam, bertempat di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia. Menurut jurulatih skuad negara, perlawanan pertama dianggap penting kerana ia membantu dari segi motivasi dan keyakinan pemain.
Beraksi di gelanggan pihak lawan bukanlah satu alasan untuk tidak cemerlang. Justeru setiap pemain negara perlulah menunjukkan semangat yang tinggi dan fokus dalam memberikan persembahan terbaik serta tidak terlalu beremosi ketika menetang Indonesia. Meskipun terdapat beberapa insiden yang kurang baik pernah berlaku ketika perlawanan antara Malaysia menentang Indonesia sebelum ini, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) telah memberi jaminan keselamatan bagi perlawanan kali ini.
Skuad Harimau Malaya baru-baru ni tewas 0-1 ketika menentang Jordan dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 Ogos 2019 lalu. Setelah menentang Indonesia, skuad negara akan meneruskan aksi kedua kelayakan kumpulan G dengan bermain di gelanggang sendiri menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 10 September 2019. Sekiranya berjaya menamatkan saingan di kedudukan dua terbaik kumpulan, Harimau Malaya akan layak secara automatik ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 sekaligus mengesahkan tempat di Piala Asia 2023.


Selasa, September 03, 2019

Henti spekulasi perkara buruk di Gelora Bung Karno

PUTRAJAYA - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong meminta rakyat Malaysia khususnya peminat bola sepak negara menghentikan spekulasi mengenai perkara buruk yang mungkin berlaku di Stadium Utama Gelora Bung Karno membabitkan pertembungan Indonesia dan Malaysia pada perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Khamis ini.



Beliau berkata, peminat sukan terutama bola sepak tidak kira sama ada di Indonesia mahupun Malaysia, semua mahu melihat satu perlawanan yang menarik di atas padang dan bukan berakhir dengan kejadian yang tidak diingini.

"Kita tidak perlu berspekulasi tentang perkara buruk yang akan berlaku sebab saya percaya penyokong-penyokong kita bukan sahaja mempunyai semangat yang tinggi tapi juga berhemah.


"Kita menaruh sangkaan yang baik dan keyakinan kepada pihak berkuasa yang terlibat (Indonesia) bahawa mereka akan memastikan keselamatan bukan sahaja pemain tetapi juga penyokong negara kita.

"Kalau berlaku di Malaysia, pihak berkuasa negara kita juga akan memastikan bahawa tidak ada apa-apa perkara buruk akan berlaku," katanya kepada pemberita selepas pelancaran perlumbaan jelajah berbasikal 'Tour of Peninsular' (ToP), di sini hari ini.

Steven berkata demikian mengulas mengenai kebimbangan terhadap tahap keselamatan para pemain dan juga penyokong bola sepak Malaysia, berikutan pertembungan antara dua negara jiran itu snetiasa mencetuskan insiden tidak diingini di penghujung perlawanan.

Aksi membabitkan Malaysia dan Indonesia yang sering kali ‘panas’ dan pengalaman menakutkan terakhir dialami skuad negara adalah pada Kejuaraan AFF Bawah 19 tahun (B-19) di Sidarjo, Jawa Timur tahun lepas menyaksikan skuad muda negara dibaling objek keras selepas menewaskan tuan rumah.

Sebelum itu, pasukan Malaysia terpaksa menaiki barracuda dua kali untuk pulang ke hotel penginapan iaitu pada aksi final AFF 2010 dan final Sukan SEA 2011 selepas dikepung penyokong Indonesia di luar stadium.

Dalam pada itu, Steven berkata, beliau dan menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sentiasa berhubung dan berkomunikasi dengan rakan sejawatannya Menteri Sukan Indonesia, Imam Nahrawi berhubung perkara berkenaan.

"Kita sudah ada hubungan dan menteri pernah berbicara dengan rakan beliau di Indonesia untuk pastikan rakyat Malaysia yang melihat perlawanan akan menikmati perlawanan dengan aman di sana (Indonesia)," katanya.

Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) menerusi Setiausaha Agungnya, Ratu Tisha Destria telah memberi jaminan keselamatan kepada pasukan negara yang akan mendapat sambutan baik untuk mengharungi perlawanan di Stadium Utama Gelora Bung Karno. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/46279/BERITA/Sukan/Henti-spekulasi-perkara-buruk-di-Gelora-Bung-Karno
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf




Masalah Air Berkarat?Nak Pasang Cuckoo?Daftar Segera Secara Online

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive