Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Februari 10, 2012

KETUA SINDIKET PENIPUAN INTERNET RM10B DIBERKAS



Oleh : MOHD RAZMAN ABDULLAH

KETUA sindiket penipuan antarabangsa terbesar menggunakan internet berpangkalan di Pulau Pinang, yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM10 bilion, dikenali sebagai Huang berjaya diberkas Polis Taiwan.

Difahamkan Huang Guang Yu (gambar) ditahan di lapangan terbang Tai Joo, Taiwan pada 22 Januari lepas sebaik tiba dari China setelah polis Taiwan menggunakan 10 warga Taiwan, yang ditahan di Malaysia, untuk memujuk Huang pulang ke negara itu.
Kejayaan penangkapan Huang ekoran satu serbuan ke pangkalan pusat penipuan internetnya di Pulau Pinang pada 6 Januari lepas hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan polis Taiwan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu dan ia merupakan kejayaan polis dalam membanteras penipuan melalui internet melibatkan sindiket antarabangsa.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, katanya.
Pada 6 Jun lalu, polis berjaya menahan 37 orang dalam dua serbuan serentak di Pulau Pinang yang dipercayai terbabit dengan sindiket yang lebih dikenali sebagai 'Penipu Macau' dan diketuai seorang warga Taiwan.

Tempat tersebut dijadikan pusat membuat panggilan kerana polis menemui beberapa peralatan khidmat komunikasi termasuk, komputer riba, moderm, penyambung panggilan, telefon dan telefon bimbit di situ.

Media melaporkan mereka yang ditahan dalam serbuan itu ialah lima orang rakyat Malaysia, 22 warga China dan 10 rakyat Taiwan. Cara penipuan dilakukan sindiket itu ialah dengan menghubungi mangsa menyamar sebagai pegawai polis atau bank.
Sindiket itu, yang beroperasi sejak 2010, telah berjaya menipu ramai warga China secara memperdayakan mereka supaya memasukkan wang ke dalam akaun pihak ketiga.
Mereka memberitahu mangsa bahawa akaun bank atau kad kredit mereka (mangsa) telah diceroboh oleh pihak ketiga dan wang dalam akaun akan dicuri oleh penipu sekiranya tidak dipindahkan ke akaun lain.

Difahamkan kesemua warga Taiwan yang ditahan itu telah diekstradisi ke negara mereka oleh Polis Taiwan untuk membantu siasatan.

SK


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive