Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Julai 27, 2012

Bukti Saintifik Kebenaran Al Quran – Big Bang & Big Crunch (Kiamat!)



Bismillahirahmanirahim,

Untuk beberapa hari, saya menelaah teori2 saintifik yang muncul di zaman moden sejak 100 tahun kebelakangan ini, hasil dari perkembangan teknologi yang membolehkan manusia membuat kajian tentang alam semesta.

Para saintis mengemukakan teori Big Bang di mana katanya alam semesta ini asalnya satu ketulan yang besar, kemudian berlaku letup yang sangat besar, maka berpecahlah segala unsur dari ketulan tersebut bersama dengan tenaga yang sangat hebat. Ketulan2 tersebut kemudian bercantum dan berpecah dari masa ke semasa hingga menjadi objek yang mempunyai komposisi yang stabil.

Antara objek2 ini adalah satu object yang sangat besar dan tepu, mempunyai kuasa magnetik yang tersangat hebat hinggakan tiada apa yang dapat melepasi dari tarikannya, termasuk cahaya. Maka bila cahaya yang terdiri dari unit asas photon tidak dapat melepas dari tarikan object ini, maka ia kelihatan hitam. Objek inilah Black Hole.

Kerana kuatnya tarikan black hole ini, maka setiap objek di sekitarnya ditarik ke dalam black hole. Object2 yang ditarik masuk ini membentuk pusaran seperti disk sambil disedut ke dalam black hole. Oleh kerana universe ini terlalu besar, terdapat object2 yang terlalu jauh dari Black hole ini, yang tidak (masih belum) ditarik ke dalam Black Hole. Dan antara object yang terselamat itu ialah sebiji bintang yang bernama “Matahari”. Walau ia tidak ditarik kedalam, namun oleh kerana daya graviti Black Hole inilah segala bintang seolah “terletak” atau “diikat” pada tempatnya. Segala object yang “diikat” oleh daya graviti black hole inilah membentuk sebuah galaksi (bima sakti atau Milky Way) yang berbentuk leper. Maka setiap galaksi, di pusatnya ada Black Hole sebagai “center” yang memegang segala object disekitarnya.

Terma “Black Holes” merujuk kepada banyaknya Black Hole di dalam alam semesta ini, seperti mana kita tahu, terdapat lebih 200 Billion galaksi di alam ini!! Dan setiap galaksi ada Black Hole di dalam nya!

Yang paling menarik ialah teori Big Crunch! iaitu bagaimana opposite process kepada Big Bang akan berlaku. Bila mana alam semesta ini pernah meletup dahulu, ia akan suatu masa nanti kembali menguncup! Dan waktu akan “reverse”. Saat inilah, dikatakan Hari Kiamat, dimana setiap yang mati akan “reverse” kembali hidup, dan setiap perbuatannya akan diperlihatkan, seperti yang difirmankan oleh ALLAH SWT di dalam Al QURAN.

“pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.” (24:24)

Mudah2an sedikit tulisan ini akan membuka minat kita untuk meneliti bukti2 saintifik yang mendekatkan diri kita kepada Pencipta Alam Semesta – Allah SWT.

Boleh baca di sini: http://www.missionislam.com/science/physics.htm

Juga di sini : Alih Bahasa Malaysia

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

SAPA TIRU SAPA?



DEY MACHA!!!
RAYA TAHUN NI WARNA-WARNI LA POKET HANGPA
DAPAT DUIT BARU
KAH! KAH! KAH!

TENGOK PADA DESIGN DUIT TU
MEMANG SAH LA KERAJAAN BE END DAH NAK MASUK KUBOQ
KAH! KAH! KAH!

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Awang Adek dimalukan dengan isu KGT


KOTA BHARU: Percubaan Umno Kelantan bertenggek di atas isu Kelantan Golden Trade (KGT) akhirnya terlodeh apabila polis menjelaskan tiada sebarang penyeleweng terhadap urus tadbir agensi terbabit.

Sedangkan sebelum ini Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussein memberi tempoh 21 hari supaya kerajaan negeri menyiasat dakwaan penyelewengan KGT.

“Hari ini, KGT disahkan bersih, sedangkan Awang Adek yang dikaitkan dengan pelbagai dakwaan salah guna kuasa sejak akhir-akhir ini masih belum terbukti tidak bersalah.

“Sepatutnya beliau merasa malu dengan kenyataannya sebelum ini kerana mengutip maklumat di tepi jalan bagi memburukkan kerajaan negeri,” kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari.

Semalam Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dalam satu kenyataan media mengesahkan tiada unsur jenayah komersial yang dikaitkan dalam isu penyelewengan KGT.

Sehubungan itu, Pemuda PAS Kelantan melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan yang dikeluarkan pemimpin Umno dan NGO tajaan mereka yang melontarkan pelbagai tuduhan dan tohmahan terhadap KGT.

Kata beliau juga sepatutnya Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad dan beberapa NGO Umno merasa aib di atas tindak tanduk mereka selama ini.

“Sewajarnya Wan Khairul Ihsan yang baru menyertai Umno April 2010 menumpukan kepada skandal pemimpin parti itu yang masih belum dibersihkan mana-mana pihak,” ujarnya.

Katanya, sebagai “orang baru” dalam Umno Wan Khairul masih belum mampu membantu parti itu biar pun pelbagai tindakan dilakukan termasuk menyertai demontrasi di hadapan Kota Darulnaim.

“Mungkinkah Wan Khairul ingin membuktikan kepada pimpinan Umno bahawa beliau layak diketengahkan sebagai calon pilihanraya dengan mengenepikan tokoh-tokoh lebih senior,” tambahnya.

HD

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive