Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Februari 21, 2013

KONFEM ESOK PARLIMEN BUBAR BHAI



DEY MACHA!!!
KOPI PUN DAH READY
APA LAGI NAJIB NAK TUNGGU
KASI BUBAR PARLIMEN ESOK
KAH! KAH! KAH!

TAPI KENA CHECK TELOQ DULU
ADA KA TAK DAK
KALAU TAK DAK
APA KOPI PUN TAK GUNA
KAH! KAH! KAH!

KALAU HANGPA SEMUA NAK TAU
INILAH TEKNOLOGI AMENO BE END
MEMPERBODOHKAN ORANG MELAYU
BAGI KICAP BAGI KOPI
BAGI KAIN PELIKAT
BILA DEKAT NAK PILIHANRAYA
KAH! KAH! KAH!

BILA DAH MENANG PILIHANRAYA
DEPA MAKAN LAGI BESAQ
DARI HARGA SEBOTOL KICAP DAN SEPEKET KOPI
YANG DIJADIKAN UMPAN TU
KAH! KAH! KAH!


NYAWA BE END DI BOTOL KICAP




DEY MACHA!!!
BOTOL KICAP SUDAH SIAP DIPERAGA
DENGAN LOGO BE END
UNTUK DIAGIHKAN SEGERA1
KAH! KAH! KAH!

NAJIB KENA BUBAR PARLIMEN CEPAT
SEBELUM BOTOL KICAP TU KERING
TAKUT NANTI DEPA LUPA 
NAK PANGKAH DACING KARAT TU
KAH! KAH! KAH!

SELAGI BOTOL KICAP TU BERISI
SELAGI TU NYAWA BE END AKAN ADA
BILA BOTOL KICAP DAH KERING
PUNAHLAH HARAPAN 
KAH! KAH! KAH!





Mazlan saman Presiden MBFM


TEMERLOH: Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, hari ini memfailkan saman terhadap Anuar Abdul Manap dan Wan Zawawi Wan Zain berikutan mengeluarkan kenyataan fitnah kononnya Mazlan menyelewengkan wang RM30,000 yang dimenangi peneroka Felda Kemahang 3.

Menurut peguam Harris Abdullah, kenyataan fitnah itu telah diucapkan oleh Anuar yang merupakan Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) dan Wan Zawawi (Ketua Penerangan MBFM Kelantan) ketika berucap di Wisma Felda, Jalan Semarak pada 28 Disember tahun lalu.

Harris berkata, saman pemula hari ini sebenarnya difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tetapi dibuat dibuat secara e-filing melalui Mahkamah Tinggi Temerloh.

Dalam kenyataan tuntutannya, Mazlan selaku plaintif mendakwa kedua-dua defendan (Anuar dan Wan Zawawi) dalam ucapannya telah menuduh Mazlan sebagai penakut, pembohong, tidak bermaruah kerana dari jenis tidak tahu malu dan tidak jujur kerana menyelewengkan wang RM30,000.

“Mazlan selaku plaintif, melalui notis peguam pada 7 Februari lalu telah menuntut permintaan maaf umum daripada kedua-dua defendan namun sehingga kini masih belum mematuhi permintaan tersebut.

“Selepas prosedur mahkamah, dalam tempoh dua minggu lagi saya jangka tindakan akan akan diambil iaitu menyampaikan writ saman ini ke tangan defendan,” katanya.

Kes Felda Kemahang 3, Tanah Merah ialah 354 peneroka menyaman Felda Palm Industries Sdn. Bhd. kerana menipu bawah (KPG) dalam urus niaga penjualan hasil kelapa sawit.

Tuntutan saman itu difailkan oleh kesemua peneroka itu pada 22 September 2002 melalui peguam Wan Rohimi Wan Daud.

Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 14 Januari 2008 telah memerintahkan anak syarikat Felda itu membayar ganti rugi am sebanyak RM7.1 juta dan ganti rugi teladan sebanyak 10 peratus daripada jumlah itu iaitu RM710,000 serta kos, berkuat kuasa serta merta.

Sementara itu Mazlan yang turut hadir dalam sidang media tersebut berkata, beliau telah lama mendengar fitnah tersebut seperti yang yang dikutip oleh bloger-bloger Umno daripada pemimpin tertentu.

Namun, katanya, beliau mengambil pendirian awal untuk mendiamkan diri kerana tidak mahu lebarkan pertelingkahan sesama warga Felda kerana kita sedang berhadapan dengan petualang penghisap darah.

“Tetapi apabila saya diamkan diri mereka terus buat fitnah. Semasa Himpunan Oren isu ini dibangkitkan oleh kedua-duanya sehingga telah dispin oleh bloger-bloger Umno.

“Maka setelah berbincang dengan peguam, saya merasa bukan saja perlu bersihkan nama saya tetapi juga NGO yang saya pimpin.

“Bagi saya kalau nak kritik, kalau nak hentam saya tak kisah tapi apabila buat fitnah sehingga menjatuhkan maruah dan perjuangan, itu tidak boleh dibiarkan,” katanya.

Mazlan berkata, beliau juga sedang mempertimbangkan bukti-bukti bersama peguam Wan Rohimi bagi memfailkan saman terhadap Timbalan Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Turut hadir di mahkamah ialah Timbalan Presiden Anak Aris Fezul Ismail, Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pahang Md Jusoh Darus serta para penyokong.

HD

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive