Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, November 10, 2013

LAWAK AHAD: TERIMA KASIH BINI


Nak cerita pasal terima kasih kat bini ni sikit..rasanya ada yang tak pernah ucap terima kasih kat bini sejak kawin..

Sebenarnya pahalanya sungguh besar..ada seorang jemaah yang baru dengar kuliah dan ustaz cerita pasal fadhilat ucapan terima kasih kat isteri. Dia dah 30 tahun kawin dan tak pernah ucap terima kasih pun kat isteri.               

Jadi balik dari masjid dia berazam untuk ucap pada isteri dia. Sampai di rumah isteri dia hidang nasi goreng. Sebaik saja dia makan je nasi tu dia terus ucap terima kasih dan puji melambung-lambung peri sedapnya nasi goreng tu.                                            

Tiba-tiba isteri dia tercegat mata terbeliak dan berkata, "30 tahun saya masak nasi goreng, abang tak pernah puji pun. Bila makan nasi goreng ni, puji bukan main lagi".                                               

Jawab suami tu kehairanan,"So what??"

Bini dia pun jawab dengan nada marah, "Nasi goreng tu janda sebelah rumah yang bagi".                                               

Huhuhu terkedu suami dia...

Sabtu, November 09, 2013

KUBUR DIGALI SELEPAS 11 TAHUN: BERBAU WANGI DAN JENAZAH MASIH SEMPURNA

SEGAMAT – Sekumpulan ahli keluarga yang membantu kerja-kerja menggali semula Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak di sini semalam terkejut apabila mereka menemui 12 jenazah termasuk seorang guru Al-Quran yang masih lagi sempurna.
Lebih mengejutkan, kesemua jenazah itu yang digali semula untuk dipindahkan bagi memberi laluan pembinaaan Lebuh Raya Segamat-Tangkak-Muar sejauh 63 kilometer sudah pun dikebumikan antara lapan hingga 11 tahun lalu.
Penyelia Tanah Perkuburan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Jamaluddin Sapuan berkata, kesemua jenazah itu ditemui dalam keadaan sempurna, tidak ubah seperti hari pertama ia dikebumikan di tanah perkuburan berusia lebih 100 tahun itu.
Beliau yang terlibat menyelia penggalian dan pemindahan 150 jasad di tanah perkuburan tersebut bagaimanapun berkata, kejadian tersebut bukanlah sesuatu yang pelik.
“Ia membuktikan kekuasaan Allah terhadap hamba-Nya yang terpilih. Banyak perkara tersirat daripada kejadian ini.
“Majoriti jenazah dalam keadaan baik, masih ada daging yang tidak reput,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Beliau yang sudah 22 tahun menggali kubur berkata, selepas dikeluarkan, kesemua jenazah itu dikafankan semula dengan kain yang baharu dan bersih.
Katanya, ia kemudian dimasukkan ke dalam keranda untuk dikebumikan semula di tanah perkuburan baharu di Kampung Alai, kira-kira dua kilometer dari tapak lama.
Jamaluddin berkata, bau wangi turut dihidu di sekitar kawasan perkuburan yang menempatkan 350 buah kubur sejak hari pertama kerja tersebut dijalankan.
Beliau pernah menemui jasad yang langsung tidak terusik meskipun ia sudah 30 tahun dikebumikan sejak 30 tahun lalu.
“Kes yang terbaharu ini boleh menjadi iktibar dan pedoman kepada kita yang masih hidup,” jelasnya.

kosmo

Jumaat, November 08, 2013

NAIK CAJ ASTRO RM2, LAGI BEBAN KEPADA PENGGUNA

KUALA LUMPUR 6 NOVEMBER: Astro tidak seharusnya menambah beban pengguna dengan menaikkan caj untuk beberapa pakej yang disiarkannya memandangkan syarikat tersebut telah meraih keuntungan besar saban tahun.
yahya-sahri

Malah Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, Astro yang diberi hak memonopoli khidmat televisyen berbayar seharusnya menyelesaikan terlebih dahulu isu melibatkan kepuasan pelanggan sebelum bertindak menaikkan caj.
"Astro ini sudah untung besar, sudah monopoli pasaran. Jadi tak wajarlah caj perkhidmatan kepada pengguna dinaikkan.
"Apatah lagi bila kita selalu dengar tentang rungutan berkaitan dengan mutu penyiaran Astro yang kurang memuaskan selain penyiaran rancangan yang berulang-ulang," tegas beliau yang mahu Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKKM) mengkaji cadangan Astro itu.

Astro dalam laman sesawangnya memaklumkan akan mengenakan tambahan caj RM2 bagi pakej keluarga dan RM6 bagi pakej sukan bermula 24 November ini.
Yahya sementara itu berkata, monopoli Astro harus ditamatkan, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan seharusnya meluluskan lesen khidmat televisyen berbayar kepada syarikat lain.

Menurutnya ia bagi mewujudkan persaingan sihat di antara penyedia perkhidmatan seperti yang berlaku di antara pembekal perkhidmatan komunikasi selain memberikan lebih pilihan kepada pengguna.ni.

keadilandaily

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive