Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Mei 24, 2009

Keputusan mahkamah satu skrip dan matinya demokrasi

Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Hrkh) - Keputusan Mahkamah Rayuan yang memberi kemenangan 3-0 kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir pada 22 Mei lalu adalah satu keputusan yang telah diskripkan.

Demikian kata Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu semasa diminta mengulas keputusan kes rayuan Dr Zambry bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan Dato' Seri Ir NIzar Jamaluddin selaku MB yang sah.

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Mohammad Nizar Jamaluddin.

Mengulas lanjut Mohamad Sabu berkata, keputusan yang telah diskripkan itu menandakan matinya demokrasi di negara ini.

"Keputusan ini sangat pelik kerana ia telah bocor dahulu, seluruh media BN telah menanti hanya untuk umumkan sahaja, satu lagi tanda sebelum keputusan dibuat ramai Adun dan pemimpin BN hadir, tak macam semasa keputusan di Mahkamah Tinggi,"ujarnya.

Meskipun begitu Mohamad Sabu masih mengharapkan akan berlakunya pembubaran Dun oleh pihak BN.

Dalam keputusannya, panel tiga hakim yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian pada 21 Mei sebulat suara menerima rayuan Zambry.

Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Dato' Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.

Panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut ialah Dato' Md Raus Sharif, Dato' Zainun Ali dan Dato' Ahmad Maarop.

Mahkamah senyap ketika penghakiman dibaca.

Nizar diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah, manakala peguam Cecil Abraham mewakili Zambry.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail - sebagai pencelah - turut hadir. Manakala peguam Mohd Hafarizam Harun, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan M Reza Hassan menjadi pemerhati bagi pihak BN. - mks. _


harakahdaily


Daftar SEKARANG!!! Untuk MASA DEPAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com

4 ulasan:

  1. kalu keputusan menyebelahi pembakang dikatakan adil & ada demokrasi, kalu keputusan sebaliknya dikatakan demokrasi dah mati, teruk betoi mu

    BalasPadam
  2. sudah terang lagi bersuluh....memang benar kata hj sulaiman abdullah...sesuatu yang luarbiasa..fantastik!

    BalasPadam
  3. jelas politik telah mengambil tempat di mahkamah di negara ini pada masa ini.sebaliknya kuasa rakyat dalam demokrasi berperlembagaan yang diamalkan sejak dulu telah ditinggalkan.kasian rakyat seperti saya hak telah mula dinafikan secara terang terangan.mungkin juga kebebasan bersuara sudah tiada lagi!!.ni bahaya ni.

    BalasPadam
  4. patutnya jika wujud dua pihak yang berebut nak jadi MB, keputusan penentu itu adalah rakyat dalam proses pilihanraya. apa yang berlaku di perak ni pelik! apa tidaknya mahkamah plak yang tentukanya.huu..itu pun dah merayu rayu. malunya..kalau macam ni pilihanraya umum nanti tak payahlah membuang undi,duduk aje lah di mahkamah rayuan dah jadi MB. saya takut ramai plak nanti yg keluar masuk mahkamah utk rabut jwtn MB ni.he.he..syarat nak menang plak mudah je mesti guna cap timbang berat. yang ringan pun boleh menang oh...jangan rosak timbangan sudah.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive