Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Mei 22, 2009

Nizar vs Zambry: NIZAR AKAN MENANG PETANG INI



Keputusan siapa MB Perak yang sah bakal diketahui sekitar jam 3.30 petang ini selepas mahkamah yang bersidang semalam ditangguhkan.Sebenarnya keputusan siapa MB yang sah telahpun diketahui pada 11 Mei lepas iaitu DS Nizar masih MB Perak yang sah selepas Mahkamah Tinggi mengistiharkannya.Namun DS Zambry memfailkan rayuannya di Mahkamah Rayuan sehari selepas itu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan Datuk Seri Nizar Jamaluddin tidak pernah hilang keyakinan majoriti Dewan Undangan Negeri Perak dan justeru itu beliau tetap Menteri Besar negeri itu yang sah.

Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim berkata Sultan Perak tidak mempunyai kuasa untuk memecat Menteri Besar dan tidak timbul soal Nizar melepaskan jawatan itu.
Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tidak ada undi tidak percaya diusulkan terhadap Nizar di dewan undangan negeri Perak, lapor Bernama.

"Bagaimana seseorang boleh mengatakan yang pemohon (Nizar) telah hilang kepercayaan majoriti mengikut Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak?"
"Berdasarkan amalan demokrasi, isu kehilangan kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap pemohon (Nizar), hanya melalui cara ini menteri besar boleh disingkirkan," Abdul Aziz dipetik berkata dalam penghakiman bertulisnya.

Di Mahkamah Rayuan semalam,penghujahan peguam Datuk Seri Nizar Jamaluddin nampak lebih konsisten dan mempunyai fakta yang kukuh serta berlandaskan perlembagaan manakala hujah yang disampaikan oleh peguam Datuk Dr Zamry Abd Kadir hanya sekadar biasa (tidak relevan) dan merujuk kepada bilangan kerusi DUN Perak.

Datuk Seri Nizar Jamaluddin juga menaruh keyakinan kepada keputusan mahkamah yang akan diumumkan petang ini.Beliau berkata apa yang mereka hajati ialah untuk menyelesaikan krisis tersebut secepat mungkin demi kebaikan rakyat.

Walaubagaimanapun kata beliau,keputusan mahkamah hanyalah sebagai mengikuti proses undang-undang,hakikatnya penyelesaian yang sebenar atau muktamad kepada krisis ini adalah menyerahkan kuasa kepada rakyat untuk memilih kerajaan baru.

Sementara itu Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham berpendapat mahkamah bukanlah penyelesai masalah, krisis akan berlanjutan kerana pihak yang kalah akan terus membuat rayuan.

Berdasarkan kenyataan yang dibuat di luar bangunan mahkamah Rayuan petang semalam,dijangka sekiranya kemenangan diperolehi,DS Nizar akan memohon pembubaran DUN dari Sultan Perak.

Insya Allah...Sama-samalah kita berdoa untuk kemenangan DS Nizar.

Takbir!!!

Daftar SEKARANG!!! Untuk MASA DEPAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
BARU!!!...KAIN SINTETIK.
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. rasanya kan..
    mungkin YB Nizar akan kalah..

    tapi YB Nizar menang di mata rakyat.
    Selagi krisis tak selesai xkan aman punyee

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive