Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Mei 28, 2009

Umno Cuba Perdaya Pengundi Penanti, Anjur Lawatan Ke Negara Jiran



Pakatan Rakyat yakin rakyat akan memberi kemenangan kepada calonnya, Dr Mansor Othman walaupun Umno dan Barisan Nasional secara berselindung memberi sokongan kepada calon Bebas dan melakukan cubaan untuk membawa lari pengundi pada hari pengundian Ahad nanti.

Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat mahu membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa ia mampu mengurus tadbir negara dengan lebih baik, telus dan lebih bertanggungjawab daripada BN.

" Umumnya kata Umno tidak bertanding, tetapi sebenarnya dia bertanding melalui proksi. Kita baca media perdana dan nampak sokongan mereka kepada calon Bebas. Saya beritahu Umno jangan selindung balik calon Bebas, patut turun di Penanti dan lawan" Kata Datuk seri Anwar.

" Habis dah semua taktik, semua peruntukan, dan kali ini mereka siapkan bas untuk bawa pengundi ke Padang Besar pada hari mengundi nanti. saya cadangkan saudara-saudara naik bas tu selepas mengundi, bila lagi depa nak bagi bas percuma." Tambahnya lagi.

Datuk Seri Anwar menyeru Umno-BN supaya jangan bermain politik dan tumpu perhatian kepada usaha menyelamatkan ekonomi Malaysia yang menguncup 6.2 peratus pada suku pertama 2009 yang menjadi petanda buruk bahawa kemelesetan ketara ekonomi sudah bermula.

" Saya nak nasihat Dato Sri Najib, supaya jangan bertanding di Manik Urai, jaga masalah ekonomi, dan beri laluan mudah kepada Pas. Tetapi kalau dia bertanding juga, saya yakin pemimpin Umno yang diletakkan akan tumbang juga. Saya nak beritahu pada tuan guru Nik Aziz, selesai saja pilihanraya Penanti, kita akan turun berduyun-duyun di Manik Urai. " Ujarnya lagi.


TVA

Daftar SEKARANG!!! Untuk MASA DEPAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive