Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, November 06, 2012

PANAS!!! Pelaburan Emas; Anak Syarikat Kerajaan Terengganu Rugi RM2 juta?


KUALA TERENGGANU - Kes penipuan dalam pelaburan jongkong emas 'menjadi kecoh' apabila ahli parlimen Jasin Datuk Wira Ahmad Hamzah (BN-Jasin) bertanya mengenai tindakan kementerian dalam membendung skim cepat kaya yang menjalankan pengambilan deposit dan pelaburan haram.

Menteri berkenaan, ketika menjawab soalan tersebut pada sidang parlimen 30 Oktober lalu mendedahkan, syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd (Genneva Malaysia) melibatkan Seramai 35,000 pelabur dengan jumlah pelaburan mencecah RM10 bilion.

Penipuan pelaburan 'skim cepat kaya' itu terbongkar apabila satu operasi serbuan bersama dilakukan ke atas Genneva Malaysia Sdn Bhd (Gambar kanan) dan syarikat sekutunya pada Isnin 1 Oktober, oleh pihak berkuasa kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah undang-undang yang ditadbir agensi-agensi penguat kuasa berkenaan.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataanya selepas itu berkata, serbuan itu dilakukannya, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Jurucakap BNM berkata syarikat itu disyaki melanggar Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA)

Menurutnya, daripada maklumat yang diberikan pelabur dan pemantauan dari BNM, ada unsur-unsur penipuan dan dalam serbuan terbabit, dokumen dan jongkong emas telah diambil untuk siasatan lanjut.

Sehubungan itu, sumber dalaman kerajaan negeri Terengganu menyatakan, sebuah anak syarikat kerajaan negeri Terengganu adalah antara yang terlibat dengan 'pelaburan haram' itu.

Sumber tersebut memberitahu, anak syarikat kerajaan negeri tersebut telah mengalami kerugian kira-kira RM2 juta ekoran penipuan syarikat pelaburan emas.

Ketika ditanya berkenaan pekara tersebut, Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, beliau belum mendapat maklumat yang 'sahih' berkenaan kerugian anak syarikat kerajaan negeri itu.

Beliau berkata, adalah amat malang kepada rakyat negeri Terengganu kerana kehilangan wang sebanyak RM2 juta sekiranya perkara tersebut adalah benar.

Oleh itu, beliau menggesa supaya kerajaan supaya mendedahkan perkara tersebut kerana ia melibatkan 'dana awam'.

"Saya tak dengar secara 'sahih' lagi perkara itu tetapi, kalau betul ia berlaku...... bertambah malanglah rakyat Terengganu kerana kehilangan wang yang begitu banyak,

"kita minta supaya kerajaan negeri menjelaskan perkara ini kerana ia melibatkan dana awam kerana melibatkan anak syarikat negeri Terengganu,"katanya.

Semalam, sebuah portal berita atas talian melaporkan, Bank Negara Malaysia (BNM) mendakwa hampir 10 ribu pelabur yang melabur di dalam empat syarikat emas di Malaysia tidak mendapat pulangan bagi tempoh lima bulan selepas membuat pembayaran.

Siasatan kes tersebut yang dijalankan oleh BNM, polis, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati syarikat tersebut juga tidak menyimpan rekod transaksi secara baik.

Selain syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd, pihak berkuasa pada 5 Oktober lalu, telah melancarkan serbuan ke atas Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd kerana disyaki menjalankan aktiviti menerima deposit haram, pengubahan wang haram, pengelakan cukai dan memberikan maklumat palsu.


buletinonline


4 ulasan:

  1. makasih banyak ya gan jadi nambah ilmu ne

    BalasPadam
  2. mudah-mudahan artikelnya semakin maju dan sukses selalu

    BalasPadam
  3. Umno/BN sudah sinonim dengan nilai RM500juta. Terdahulu RM500juta dikaitkan dengan skandal kapal selam scorpene.

    Paling terbaru didedahkan pula skandal RM500juta membabitkan tanah Bumiputera Pulau Pinang.

    PANAS!! Skandal tanah Bumiputera Pulau Pinang bernilai RM500juta oleh kerajaan pusat didedahkan

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive