Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, November 01, 2012

Provokasi Umno ganggu ceramah Merdeka Rakyat gagal

KUALA LANGAT 31 Oktober: Provokasi Umno untuk ganggu ceramah Merdeka Rakyat di sini malam tadi gagal apabila ceramah Umno BN yang diadakan serentak di khemah berjarak 50 meter dari situ hanya dihadiri kurang 100 penyokong.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, ceramah yang dihadiri Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim itu merupakan program bantuan rakyat bertujuan untuk melakukan provokasi terhadap ceramah Pakatan Rakyat.

“Apa yang kita boleh lihat, ceramah kita lebih mendapat sambutan, dan itu yang merunsingkan puak Umno. Sedangkan program mereka hanya dihadiri warga tua yang datang untuk menerima bantuan, tapi kita tak halang, ini negara demokrasi,” kata Azmizam.
Semasa pimpinan Pakatan Rakyat berucap, sekumpulan 20 pemuda memakai T-shirt BN membuat provokasi dengan meletakkan motosikal mereka sepanjang laluan ke tapak ceramah Merdeka Rakyat.

Mereka turut menunggang motosikal sambil mengibarkan bendera BN dan menjerit-jerit membuat bising.

Ia berbeza di tapak ceramah Merdeka Rakyat yang dihadiri lebih kurang 5,000 penduduk setempat.

“Umno sendiri takut melihat kebangkitan rakyat yang semakin mendapat maklumat dari ceramah-ceramah Pakatan Rakyat,” kata Naib Ketua AMK Pusat itu.

keadilandaily


KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive