Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Mei 28, 2013

KAMERA AES MULA DIKUATKUASA DI MELAKA?


(Oleh Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR, 27 MEI: Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin menuntut penjelasan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sama ada pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Melaka telah dimuktamadkan.

Beliau mengulas penyebaran maklumat di laman sosial berhubung lokasi pemasangan AES di Melaka, sedangkan Hishammuddin mengatakan tiada keputusan dibuat berhubung pelaksanaannya.
“Bagaimana senarai ini boleh bocor? Atau ia sudah dalam pengetahuan Hishammuddin, namun beliau berpura-pura tidak tahu mengenainya?
“Kenyataan Hishammuddin ini jelas bertentangan dengan situasi sebenar,” kata Shamsul kepada Keadilandaily.
Shamsul Iskandar“Malah kenyataan beliau itu satu pembohongan dan bertentangan dengan integriti menteri. Tidak boleh membohongi rakyat jika sesuatu keputusan belum diumum kerajaan,” katanya yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka.
Hari ini tersebar di laman sosial facebook senarai 33 lokasi kamera AES di jalan persekutuan dan negeri, selain sembilan kamera AES di persimpangan lampu isyarat di Melaka.
Penyebaran senarai lokasi kamera AES di Melaka mendapat kritikan orang ramai dan mereka mendesak penguatkuasaanya dibatalkan serta-merta.
Mengulas lanjut, Shamsul menegaskan pemasangan AES hanya menekan rakyat dari segi ekonomi selain sistem itu sendiri memiliki banyak masalah sebagaimana didedahkan baru-baru ini.

AES Melaka

Pakatan Rakyat senada dengan sentimen rakyat yang mahukan sistem itu dibatalkan berbanding BN yang mahu ia dilaksana kerana dikendalikan syarikat kroni Umno dan MCA.
Kedah yang diperintah Pakatan sebelum ini menolak AES. Namun 24 Mei lalu, BN Kedah memutuskan akan melaksanakannya ekoran kejayaan parti itu merampas Kedah pada pilihan raya umum 5 Mei lalu.

KD


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

6 ulasan:

  1. Selamat mmbayar saman!

    BalasPadam
  2. jadi pemandu yang berhemah alakkan kemalangan

    BalasPadam
  3. Eloklah ada AES dapat kurangkan kemalangan dan maut di jalan raya. Rakyat perlu bawa kenderaan dengan bijak 40kmj adalah selamat, dan keluar rumah awal jam 4 pagi untuk elak kesesakan jalanraya. Sewaktu ini kereta MyVi dan Viva semuanya di bawa laju 160kmj nak mati siang malam...baut habis beras aje ler.

    BalasPadam
  4. Pelik otak PR ni. Penambaikan undang2 melalui teknologi pun diaorg tolak. Otak ketot patut la.

    Kalau letak pegawai jpj, polis tunggu tepi jalan tak kecoh pulak.

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama29/5/13 1:51 PG

    Woi macai 5.23 org pertikai knapa penguatkuasaan di serah pada sykt swasta.. sepatutnya kuatkuasa undang2 dibawah kerajaan. Tak ckup lg ke jpj trafik spad...habis buat apa depa tu...goyang kaki je ker...lu yg baghal... ckap xguna akal... otak lembu kot

    BalasPadam
  6. bodo punye macai DAP cina 1:51. memangla kuatkuasa undang2 terletak dibawah kerajaan. Sama ada syarikat lain yg keluarkan produk teknologi, tapi law masih bwh bidang kuasa agensi. lain kali kasi bacaa fungsi spad, fungsi jpj, polis.
    penulis kat atas pun bodo. cakap syarikat kroni la itu la ini la.yeenadeyyy..kasi tulis itu bukti la.weyy. bukan ke syarikat yg dapat AES tu bos dia orang PKR ka...?kihkihkiih

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive