Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Mei 10, 2013

Mat Sabu Dedah Punca Tewas PRU13

KUALA LUMPUR: "Bayangkan ada saluran dalam kawasan pilihan raya saya, orang keluar mengundi 99 peratus," kata Haji Mohamad Sabu menceritakan bagaimana beliau boleh kalah dalam pilihan raya ini.

Ekoran itu, beliau yakin, modus operandi Terengganu 2004 digunakan untuk mengalahkan beliau dalam pilihan raya kali ini.Dalam pilihan raya 2004, kerajaan negeri Terengganu di bawah PAS berjaya dijatuhkan selepas satu penggal memerintah.

Puncanya adalah kenaikan mendadak peratusan keluar mengundi sehingga 90 peratus untuk sesetengah DUN dan kawasan Parlimen.

Mohamad Sabu berkata, beliau kalah dengan besar di DUN Sungai Tiang iaitu di kawasan orang Thai."Saya kalah dengan undi orang Thai kali ini. Saya mengesyaki mereka diberikan kad pengenalan untuk mengundi atau penggunaan kad pengenalan palsu. Sebab itulah jumlah keluar mengundi di kawasan mereka meningkat kepada 99 peratus," kata Mohamad.

Dalam pilihan raya ini, Mohamad kalah di Parlimen Pendang dengan majoriti 2,638 undi. Beliau tewas di tangan calon BN Datuk Othman Abdul.Walaupun menang di DUN Tokai dengan majoriti 5,833 undi, calon PAS tewas dengan majoriti 6, 994 undi di DUN Sungai Tiang.Di Sungai Tiang, ramai pengundi Siam yang tinggal dan mengundi di sini.

Mohamad yakin, banyak kad pengenalan palsu di keluarkan untuk mengalahkan beliau kali ini.Peratusan keluar mengundi di Sungai Tiang adalah 89.31 peratus, satu angka yang sangat besar dalam sejarah pilihan raya umum di negara ini. ~harakahdaily

12 ulasan:

  1. Ketua Setan ada di Kuala Lumpur , mana mana pun boleh ada Hantu. Hantar petisen , undi balik panggil UN Observer tengok.

    BalasPadam
  2. Btol saya sokong sepenuhnya, undi semula pangil UN observer. Conform bn mangis, pr menang besar

    BalasPadam
  3. Lim Guan Eng dan ramai lagi PR menang mesti dapat undi hantu juga lah mcm tu....!!!! 70 ribu orang cina mainland x balik dan mungkin itu jdk undi hantu yg menangkan DAP...mana tau..!!!

    BalasPadam
  4. Mad Sabu pun dah kena jangkitan sakit gila DSAI...

    BalasPadam
  5. Orang Thai pulak dipersalahkan oleh Mat Sabun,...masa utk bekerja sudah bermula....masa berpolitik dan menang tunggu 5 tahun lagi...

    BalasPadam
  6. maybe..UMNO porno punya kerja nih...kalau buat kerja dosa..terimalah penangann diakhirat kelak..hidup purata ahli UMNO takpun lebih 92 tahun....kalau tak percaya akhirat..tak taulah nak cakap lagi..

    BalasPadam
  7. Pru13- bendera dap akan dijulang oleh melayu= sukses
    Perancangan ke pru14 - melayu akan julang parti kami kepentas negara.


    Ahli melayu DAP

    BalasPadam
  8. Pukimak spr tu sanggup gadai negara utk kepe tingan tuan mereka. Moga2 mereka ditimpa bala yg dasyat

    BalasPadam
  9. Betul tu. Harap kamu jangan sekadar maki sahaja. Keluar dan berarak pergi . Hancurkan mereka. Bawa seramai orang kamu.kumpulkan mereka. Kita satu pakatan mesti saling kuat. Kami tahu orang kamu berani untuk berubah.

    BalasPadam
  10. Mat Sabun mana ada standard nak jadi ahli Parlimen. Org Siam pun tak mau! Sendiri yg tipu sendiri. Mcm ni ka org agama? Ckp banyak bohong dari betul!

    BalasPadam
  11. aku dah cakap jgn bw masuk mat sabu ni. dah la syiah, kes khalwat dia msh segar lg. kat mane2 letak dia ni pun kalah. lg 1 mulut dia pun mcm longkang. ada ke sokong komunis. ada akai ke

    BalasPadam
  12. Siapa kata mat sabu tidak layak? Bagi kami di biro melayu DAP membantah sekerasnya. Mat sabu pimpinan yang harus kamu sokong. Semenjak pru 11, misi kami menyatakan, bhw satu hari nnti bendera kami akan dijulang oleh melayu telah berhasil pd pru13.Misi pru14, kami akan pastikan melayu mengangkat parti kami ke putrajaya. Kita pakatan harus saling kuat dan sokong sama lain. Mat sabu byk membantu dan terbuka. Kamu penyokong peringkat bawah harus sokong ketua kamu mat sabu.

    Ahli melayu DAP

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive