Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mei 20, 2013

RAFIZI CABAR KJ PASAI PENGUNDI HANTU DI REMBAU


Rafizi cabar KJ nafi ada pengundi hantu di Rembau


PETALING JAYA - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mencabar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin supaya menjawab mengenai kewujudan pengundi hantu di Parlimen Rembau yang mungkin menyumbang kepada kemenangan beliau pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Cabaran itu dibuat selepas pihaknya menerima aduan daripada lapan pengundi yang tampil dengan laporan polis yang dibuat kerana mereka dihalang daripada membuang undi apabila orang lain telah mengundi menggunakan nama mereka.

Salah seorang daripadanya ialah pengundi di kawasan Ahli Parlimen Rembau itu iaitu Mohd Khir Shaari membuktikan bahawa wujud kad pengenalan palsu yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Malaysia (JPN) yang telah diberikan kepada individu tertentu bagi tujuan menjadi pengundi hantu.

"Penyelewengan yang paling berleluasa adalah kehadiran pengundi hantu yang berpunca daripada daftar pengundi yang tidak bersih.

"Perkara ini membayangkan kelemahan dan mungkin keterlibatan dua badan yang bertanggungjawab iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan JPN.

"Kehadiran pengundi hantu membawa impak besar yang meruntuhkan keyakinan rakyat kepada integriti keputusan PRU13," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PK, di sini, hari ini.

Rafizi yang mengetuai pasukan siasatan penipuan dalam PRU13 (#SiasatPRU13) pada 13 Mei lalu mendedahkan sebanyak 237 aduan diterima daripada pengundi mengenai penyelewengan itu.

Katanya pasukan itu akan mengadakan sidang media yang kerap iaitu tiga kali seminggu untuk mendedahkan bukti penipuan itu kepada rakyat menerusi media massa.

"Selain bukti-bukti yang ditunjukkan, #SiasatPRU13 juga akan membawa saksi-saksi terbabit untuk tampil memberikan keterangan," katanya.

Pada masa ini, pihaknya dihadiri oleh lapan pengundi yang tampil mendedahkan penipuan pilihan raya yang melibatkan pengundi hantu.

Antaranya ialah Kamarulzaman Md Adnan dari Parlimen Sungai Petani; Mohd Khir Shaari dari Parlimen Rembau; Mohd Razmi Khalid dari Parlimen Kuala Selangor; Nor A'risah Ab Yamin dan Lee Hou Cyang dari Parlimen Serdang; Zaripah Abdul Halim dari Parlimen Kemaman; Sairah Jusoh dari Parlimen Tumpat dan Mohamad Khairul Azhar Yang Ali dari Parlimen Shah Alam.

Dalam pada itu, katanya #SiasatPRU13 sedang mendapatkan persetujuan daripada lapan pengundi terbabit untuk membuat Akuan Bersumpah mengenai kejadian itu bagi mengukuhkan bukti yang ada.

Sementara itu, mengulas lanjut amaran Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang tidak membenar mana-mana stadium di negeri itu untuk dijadikan sebagai lokasi perhimpunan Blackout 505, tegas Rafizi sikap anak bekas perdana menteri itu jauh kebelakang daripada suasana politik pada hari ini.

Katanya Mukhriz tidak wajar menghalang dan menafikan hak rakyat berhimpun secara aman serta bersuara sebaliknya amaran itu tidak sesekali menghalang daripada pihaknya meneruskan perhimpunan itu.

"Kita serahkan kepada penganjur himpunan di Kedah, Datuk Mahfuz Omar, saya yakin beliau ada rancangan tersendiri dan lokasi yang sesuai walapun terpaksa tukar lokasi di saat akhir.

"Malah jika nak dibuat himpunan itu di depan rumah Pesuruhjaya Pas Kedah itu pun saya rasa beliau tiada masalah," katanya.


SH



NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

3 ulasan:

  1. saya nak tahu pengundi hantu ini undi bm ke pr tolong buktikan?

    BalasPadam
  2. halo raf mestilah pr undi popular kan kan kan

    BalasPadam
  3. lepas ni buat undi hantu kerusi

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive