Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mei 27, 2013

SPR MAKIN KEPANASAN,PKR DEDAH LAPORAN POLIS

PKR dedah laporan polis black-out masa kira undi




KUALA LUMPUR: PKR kesal dengan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang memperlekehkan aduan berlakunya kejadian terputus bekalan elektrik semasa pengiraan undi (black-out).

“Beliau juga mempersendakan aduan-aduan ini, kononnya dilakonkan terlebih dahulu dan mencabar sekiranya benar ada kejadian begini berlaku agar laporan polis dikemukakan kepada SPR,” kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan.

Semalam, katanya wakil rakyat Sri Serdang Puan Noor Hanim Ismail telah tampil menjelaskan bahawa gambar di internet yang berlegar benar-benar berlaku di dalam kawasan yang beliau tandingi.

Dengan kenyataan balas Noor Hanim Ismail itu, ujarnya Wan Ahmad wajarlah mengemukakan asas bagaimana beliau boleh mempersendakan satu aduan serius yang dibuat mengenai kepincangan perjalanan pilihanraya, tanpa usul periksa terlebih dahulu.

“Hari ini, saya tampilkan satu lagi bukti untuk menunjukkan bahawa Datuk Wan Ahmad Wan Omar tidak pernah ikhlas untuk menangani aduan kepincangan perjalanan pilihanraya secara ikhlas,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Beliau berkata, Wan Ahmad mencabar agar ditunjukkan laporan polis sekiranya benar berlaku black-out di mana-mana tempat pengiraan undi dalam PRU13.

Jelasnya, pihak #siasatpru13 berjaya menjejaki satu lagi insiden black-out di Parlimen Kulim Bandar Baharu yang disertakan dengan laporan polis.

Laporan menyebut:
“Pada 5/5/2013 jam lebih kurang 0715 malam bekalan letrik terputus di dalam kawasan Sekolah Sri Lindungan Raja, Sedim, Karangan, Kedah. Saya sebagai ketua unit peti undi Kampung Tebuan, Sedim bagi PRU13 N35, P18 dan sebagai agen wakil calon PKR ditempat kiraan undi di sekolah tersebut. Kejadian ini mendatangkan kecurigaan kepada pihak saya berdasarkan perkara ini saya mendapat maklumat daripada pihak TNB dan tiada sebarang bekalan elektrik terputus di kawasan Sedim. Perkara ini disahkan oleh pihak TNB. Pada 5/5/2013 jam 0725 malam bekalan elektrik pulih semula berdasarkan perkara ini juga pihak saya merasakan terdapat unsur penyelewengan. Kejadian ini berlaku hanya pada bangunan sekolah sahaja sedangkan saksi-saksi bagi pihak saya melihat kawasan di luar sekolah tiada terputus bekalan elektrik. Sekian repot saya.”

“Dengan adanya saksi dan laporan polis sebegini, secara langsung menjawab cabaran Wan Ahmad yang mahu melihat laporan polis yang dibuat,” ujarnya.

Kini, kata Rafizi menjadi tanggungjawab Wan Ahmad untuk menerangkan bagaimana kejadian terputus bekalan elektrik hanya di tempat mengira undi pada ketika undi sedang dikira boleh berlaku, sedangkan TNB menyatakan bahawa tiada sebarang gangguan bekalan eletrik.

HD


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

2 ulasan:

  1. ribuan rakyat malaysia mati dijalan raya setiap tahun Lihat disini marilah sumbang idea kita.

    BalasPadam
  2. rakyat desak satu suruhanjaya diraja ditubuhkan utk menilai dan menyiasat struktur organisasi spr agar bebas adil telus dan bertanggungjawab sepenuhnya dlm apa jua perkara berkaitan pilihanraya dr senarai pemilih yg benar benar tepat bersih dan punya wibawa hingga kpd penggunaan mekanisma dakwat kekal yg kekal~
    rakyat melihat menilai dan membuat tafsiran

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive