Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Disember 27, 2013

CARA MEMILIH KATA LALUAN YANG SELAMAT



Tips Memilih Kata Laluan (Password) Yang Kuat dan Selamat

Kata laluan adalah satu daripada langkah keselamatan yang digunakan bagi melindungi maklumat peribadi yang disimpan di dalam sesebuah sistem atau aplikasi di internet.

Kecurian identiti, pengodaman, scam, phising dan lain-lain jenayah siber bermula dengan kelemahan penggunaan kata laluan, selain kecuaian daripada pengguna sendiri. Di sini kami kongsikan beberapa tips untuk bagaimana memiliki kata laluan yang kuat dan selamat sekaligus menyukarkan penjenayah siber menceroboh dan menyalahgunakan maklumat peribadi anda.

1. Tidak menggunakan mana-mana bahagian daripada maklumat peribadi anda seperti nama, tarikh lahir, alamat, nombor telefon mahupun haiwan peliharaan di dalam kata laluan seperti “ahmad1902”, “kucingcomel”. Ini adalah cara yang paling utama digunakan oleh penceroboh untuk meneka kata laluan anda.

2. Menggunakan perkataan dan nombor sebagai pengganti kepada abjad. Contoh: “peanut” kepada P3@NU7 “, “isketambola” kepada “1$K3T@MB0L@”.

3. Tidak menggunakan urutan abjad dan nombor seperti “abcdefg” dan “123456”.

4. Tidak menggunakan turutan abjad yang terdapat pada papan kekunci (keyboard) seperti “qwertyu” atau “asdfgh”.

5. Menggunakan sebanyak karakter yang mungkin, yang mengandungi huruf besar dan kecil, angka dan simbol seperti “d0Nu7_B3s@R”.

6. Menjadikan awalan huruf pada satu ayat mudah sebagai kata laluan seperti “Ada 4 subjek yang menjadi kegemaran saya” kepada “@45ymK5”.

Ikuti tips seterusnya bagaimana menjaga keselamatan kata laluan anda iaitu:

7. Jadikan sebagai tabiat untuk menukar kata laluan sekerap yang mungkin.

8. Tidak mendedahkannya kepada sesiapa pun termasuk melalui panggilan telefon, e-mel, soalan kaji selidik mahupun mereka yang rapat dengan anda.

9. Tidak menulis atau menyimpan kata laluan tersebut di dalam beg tangan, nota kecil atau menyembunyikannya di bawah papan kekunci. SENTIASA HAFAL kata laluan tersebut.

10. Jika menggunakan kemudahan internet di tempat awam seperti kafe siber misalnya, pastikan anda telah keluar (log out) daripada aplikasi yang digunakan sebelum beredar.

11. Dan akhir sekali, jika anda menesyaki bahawa orang lain mengetahui kata laluan anda, TUKAR SERTA MERTA!

Ini hanya sebahagian daripada tips yang boleh dijadikan panduan. Jika anda ada lagi tips – tips bagaimana memilih dan menjaga keselamatan kata laluan, kongsikan bersama kami. Jadikanlah kepentingan menjaga keselamatan kata laluan ini seperti pentingnya menjaga harta benda yang bernilai.


SUMBER: FB PDRM

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive