Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Disember 22, 2008

Kabel dasar laut rosak, perkhidmatan internet TM terganggu

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan internet Telekom Malaysia Berhad (TM) kini terganggu akibat kerosakan sirkit sistem kabel dasar laut yang menghubungkan Malaysia dan Eropah.


TM berkata, kerja-kerja membaik pulih kerosakan sirkit Southeast Asia Middle Eastern and Western Europe 4 (SMW4) antara Palermo, selatan Itali dan Alexandaria, utara Kaherah sedang dijalankan dan perkhidmatan dijangka beroperasi seperti sediakala pada 31 Disember ini.


Berikutan dengan masalah tersebut, pelanggan perkhidmatan internet TM akan alami sambungan internet yang perlahan ketika melayari laman-laman web yang dihoskan di Eropah, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Katanya, sementara mereka yang menggunakan perkhidmatan Protokol Internet (IP) yang lain seperti Rangkaian Persendirian Maya (VPN) serta aplikasi perniagaan kritikal yang dihubungkan ke Eropah juga mungkin mengalami gangguan perkhidmatan.


Untuk mengatasi masalah tersebut, beberapa laluan internet telah dialihkan ke sambungan alternatif bagi mengurangkan kesesakan, katanya.


TM berkata, berikutan kerja membaik pulih, trafik ke Amerika Utara dijangka akan mengalami gangguan, sementara trafik ke negara lain adalah seperti sediakala.


Para pelanggan TM boleh menghubungi syarikat itu di talian 100 dan pilih "perkhidmatan internet" atau di help@tm.com.my untuk membuat laporan mengenai masalah perkhidmatan internet mereka, katanya. BERNAMA
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive