Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, September 07, 2020

PELUANG KERJA DI MEKAH



Kuala Lumpur: Bukan mudah bergelar pemandu tren monorel. Tambahan pula, perkhidmatan pengangkutan awam itu masih menggunakan 100 peratus khidmat pemandu dari segi kawalan.

Berkongsi pengalaman, seorang pemandu tren monorel Ramli Masdar berkata, dia bertanggungjawab menjaga kawalan seperti mengemudi dan had kelajuan, melakukan pengumuman stesen dan mengawal sistem pintu serta penumpang.

"Apa yang penting fokus dan tumpuan ketika memandu. Ia sama seperti apabila kita memandu di jalan raya, tidak boleh leka supaya sebarang rintangan atau masalah dapat diatasi dengan baik," katanya.

Jelasnya, ia berbeza dengan tren yang bergerak secara automatik yang dikendalikan sepenuhnya oleh menara kawalan, sekali gus lebih memudahkan.

"Namun, saya masih perlu berhubung dengan menara kawalan bagi melaporkan maklumat," katanya.

Ramli antara pemandu terawal tren monorel sejak perkhidmatan itu mula beroperasi pada 31 Ogos 2003.

Kini, monorel dengan jajaran sepanjang 8.6 kilometer (km) yang menghubungkan laluan dari KL Sentral ke Titiwangsa masih lagi menggunakan sistem sama walaupun sudah beroperasi 17 tahun.

"Jika dulu, memang ada banyak masalah, tetapi sekarang semua operasi bertambah baik. Setiap hari kita buat penyelenggaraan kerana keselamatan penumpang keutamaan. Inilah kelainan bagi monorel berbanding pengangkutan awam lain mengikut kesesuaian jaraknya," katanya.

Bagaimanapun, pengalaman anak jati Batu Pahat, Johor selama 16 tahun itu turut membawanya menjadi antara lebih 500 petugas Malaysia yang terbabit dalam pengendalian selama tiga tahun pengoperasian tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL), Makkah bermula 2015.

"Apabila ditawarkan untuk bekerja di Makkah, saya terus merebutnya tanpa berfikir panjang. Saya sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk berkhidmat di sana.

"Kerana itu, saya sentiasa bersedia untuk bertugas di Makkah bagi mengendalikan operasi haji sekiranya terdapat lagi peluang seperti ini pada masa hadapan," katanya.

MMMSL membabitkan jajaran sepanjang 18.1 km merentasi sembilan stesen yang menghubungkan Arafah, Muzdalifah dan Mina, diiktiraf sebagai pengangkutan paling padat dan tersibuk di dunia.

Istimewanya, ia hanya beroperasi khusus untuk musim haji bagi membawa kira-kira dua juta jemaah dari Dunia Arab dan Asia Selatan, yang ditempatkan berhampiran stesen.

"Tren beroperasi 24 jam, tetapi hanya bagi tempoh tujuh hari. Memang singkat, tetapi sangat mencabar bukan sahaja kerana jumlah penumpang yang ramai pada satu-satu masa, tetapi juga cuaca panas.

"Berbeza dengan tren monorel, MMMSL tren yang panjang kerana mempunyai 12 gerabak dan secara keseluruhannya terdapat 120 pintu keluar masuk," katanya.

Bukan itu sahaja, bekas tentera ini juga berkesempatan menunaikan ibadah haji sepanjang tempoh berkhidmat di sana.

"Alhamdulillah, ia (tunai haji) kenangan manis yang paling tidak boleh lupakan. Mungkin berkat berkhidmat memudahkan tetamu Allah SWT, Allah SWT juga mempermudahkan urusan saya," katanya.



9 ulasan:

  1. Tanpa Nama7/9/20 9:34 PG

    Elok pulis Malaysia mohon Scotland Yard dan Pulis London siasat masih adakah kereta pemilik proton dan super car dalam basment tu lagi... takut kete super car pun turut dah kena angkut nak hilangkan bukti ... cer siasat...

    Kalau Jholo dan Nik Faisal mme sah pulis Mesia tak dapat cari... takkan kete proton kat besment pun kantoi nak cari..

    Kalau tak dapat kesan super car dan kereta proton milik super kaya VVIP boleh minta bantuan agen KGB, agen CIA, satelite NASA, Paskal, Komando Gerak Khas, Kopasuss dari Indonesia, Polis Kashmir, Polis India, Polis Pakistan atau minta Polis London, Komando Great Britain, SWAT USA, Delta Force USArmy dan Kapal Pengangkut Perang Nimitz, Kapal Pengangkut Ronald Reagen dan Jet Pejuang Hornet F/A-18 kesan dimanakah kereta Prototype Proton Perdana itu berada sekarang...


    Alahaiii...

    BalasPadam
  2. very good information for us.Positive Google reviews are essential to your business success.
    If you have a lot of positive Google business reviews on your Google business page,
    then it is easy for customers to have a positive idea about your business.
    So if your Google business page doesn’t have a lot of positive Google business reviews then you should consider buying.

    buy google reviews uk

    BalasPadam
  3. Thank you for this great article. It was very informative and I really appreciated the time that went into writing it!

    BalasPadam
  4. Very nice post. I just stumbled upon your weblog and wanted to say that I’ve really enjoyed surfing around your blog posts.
    In any case I will be subscribing to your rss feed and I hope you write
    again soon!buy google reviews uk

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive