Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Ogos 27, 2012

Rasa Nak Berbogel


DEY MACHA!!!
TAJUK GEMPAQ GILA SEKS BETOI
KAH! KAH! KAH!



“Saya rasa seperti nak berbogel kerana tidak tahan dengan rasa gatal yang amat sangat di seluruh badan,” kata penjaga gol skuad bola sepak Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramlie yang pelik dengan kejadian dialaminya, malam kelmarin.

Kejadian berlaku ketika Mohd Sharbinee beraksi bersama rakan sepasukan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan Piala Malaysia kumpulan B di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor.
Insiden yang berlaku kira-kira 10 minit sejurus separuh masa kedua bermula itu menyaksikan Mohd Sharbinee, 25 akhirnya rebah di padang akibat pitam dan terpaksa diusung keluar sebelum dikejarkan ke Hospital Selayang manakala tempatnya digantikan penjaga gol simpanan, Mohd Saifuddin Mokhtar.

Mohd Sharbinee berkata, sebelum pengsan dia sempat menanggalkan sarung tangan serta jersinya saja dari badan untuk mengurangkan rasa gatal yang dialami.

“Selepas menerima rawatan di Hospital Selayang, saya dibenarkan keluar pada jam 2 pagi dan doktor mengatakan kegatalan teruk yang saya alami itu berpunca daripada kesan alahan makanan atau ubat.-HM


dipetik dari sozcyili


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Pembantu Rumah Vietnam mengislamkan 22 orang ahli keluarganya


RIYADH – Seorang wanita Vietnam yang bekerja sebagai pembantu rumah di Arab Saudi memeluk Islam setelah mendapat dakwah Islam. Lebih dari itu, dia telah berjaya mengajak 22 anggota keluarganya untuk memeluk Islam. Di antaranya adalah kedua orang tua dan anak-anaknya sendiri.
Direktur Pejabat Kerjasama untuk Dakwah, Penyuluhan dan Bimbingan Tenaga Kerja Asing Riyadh, Dr. Turki Shulail menyatakan, "Pembantu rumah wanita yang masuk Islam setelah mendapat dakwah dari majikannya telah datang ke pejabat kami bahagian wanita bersama penjaminnya sebelum pulang dari negara ini. Ia minta diberi pembekalan agar mampu berdakwah. Ia ingin buku-buku Islam dalam bahasa Vietnam untuk ia berikan kepada keluarganya, karena mereka tidak memeluk agama apapun."
Dalam pernyataan yang dimuat oleh surat kabar Al-Bayan pada Jum'at (24/8/2012), Shulail menambahkan, "Setelah kembali kepada keluarganya, Pembantu rumah Vietnam itu mulai mendakwahi mereka untuk memeluk Islam. Akhirnya sebanyak inilah anggota keluarganya yang masuk Islam berkat dakwahnya."
Setiap tahun jumlah tenaga kerja asing yang memeluk Islam di Arab Saudi meningkat cukup pesat. Dalam bulan Ramadhan 1433 H saja lebih dari 200 tenaga kerja asing memeluk Islam di Saudi. Majoriti mereka berasal dari Filiphina, Thailand, Vietnam, Srilangka, Bangladesh dan India.(Arrahmah.com)

suraual-ikhwan


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

HARGA SEKEPING ROTI CANAI LEBIH MAHAL DARI HARGA SEKILO TEPUNG


KUALA TERENGGANU : “Tidak masuk akal jika sekeping roti canai kosong dijual dengan harga RM1.80 sedangkan selama ini saya biasa beli dengan harga RM1 sahaja,” luah seorang pengguna yang terpaksa membayar lebih ketika membeli roti canai di salah sebuah restoran di bandar ini.

Pengadu, Khairul Azhar Ismail berkata, pada mulanya dia menyangka peniaga restoran itu tersilap mengira harga perlu dibayar, tetapi sangkaannya meleset kerana di papan tanda jelas tertera roti canai biasa dijual berharga RM1.80.

“Saya tidak sempat bertanya sebab ramai pelanggan lain ingin membayar, tetapi saya keliru kerana harga pada papan tanda itu ditulis itu menggunakan pen yang boleh dipadam dan ditulis semula.

“Saya cuba ambil gambar papan tanda harga menggunakan telefon bimbit tetapi tidak begitu jelas dan kabur untuk dijadikan bahan bukti,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dia tidak berpuas hati kerana harga tepung gandum di pasaran lebih rendah berbanding sekeping roti canai yang dijual peniaga berkenaan.

“Perbuatan peniaga yang ambil kesempatan meletakkan harga sesuka hati sempena musim perayaan begini adalah tidak adil dan menganiaya pengguna, tambahan pula kualiti roti canai yang dijual tidak setimpal dengan harga yang dikenakan.

“Kalau dikira, berapa banyak dia (peniaga) boleh kaut untung. Saya harap mana-mana pengguna lain yang berdepan kes peniaga jual dengan harga tidak munasabah ini segera memaklumkan kepada pihak berkuasa,” katanya.

Khairul Azhar yang bertugas di Institut Jantung Negara (IJN) berkata, dia ingin melaporkan kes itu ke bahagian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), namun tergendala kerana pejabat ditutup disebabkan cuti umum panjang.

Dia yang pulang berhari raya di Terengganu amat kesal dengan sikap sesetengah peniaga di negeri ini yang dikenal pasti mengambil kesempatan. – Sinar Harian


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive