Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, November 21, 2011

MALAYSIA JUARA BOLASEPAK SUKAN SEA 2011

Malaysia muncul juara Pertandingan Bolasepak Sukan Sea 2011 selepas menewaskan Indonesia melalui sepakan penalti 4-3. Kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam 120 minit perlawanan.

Skuad bawah 23 tahun (B23) Malaysia bangkit daripada ketinggalan seawal minit kelima untuk membenam Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan Sea 2011 yang panas dan mendebarkan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.

Sorakan dan provokasi yang dilaungkan lebih 100,000 penyokong fanatik skuad Garuda di stadium itu tidak sedikit pun melemahkan semangat anak buah jurulatih Ong Kim Swee, Kapten pasukan Malaysia.

Badrol Bakthiar menjadi wira Harimau Muda selepas menjaringkan sepakan penalti terakhir dalam perlawanan tersebut yang meremukkan hati berjuta-juta rakyat Indonesia.


Published with Blogger-droid v1.7.4

2 ulasan:

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive