Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, November 08, 2011

'Geng Sarung Bantal' licik

Penduduk takut penjenayah hantar 'kaki' sebelum pecah rumah 

WANGSA MAJU: Penduduk di Seksyen 5 di sini khususnya di sekitar Jalan 3/ 27 B dan C tidak dapat tidur lena setiap malam sejak dua bulan lalu kerana bimbang rumah mereka menjadi mangsa 'Geng Sarung Bantal' yang sering memecah masuk rumah penduduk.Penjenayah disyaki bergerak secara berkumpulan itu menggunakan sarung bantal di rumah penduduk yang dimasuki untuk membungkus semua hasil barangan dicuri seperti komputer riba, barangan kemas, wang tunai dan sebagainya.Penduduk, Ghazali Ismail, 65, berkata geng berkenaan menggunakan taktik menghantar ‘kaki’ mereka membuat tinjauan beberapa jam sebelum memecah masuk rumah penduduk termasuk memastikan pemilik tiada di rumah. 

“Mereka mengambil kesempatan memecah masuk menerusi pintu belakang dengan mengopak tingkap dapur atau menolak pagar besi ketika penghuni tiada di rumah. 

“Mereka akan meletakkan pagar besi itu semula bagi mengaburkan mata orang ramai sehingga tiada yang perasan rumah itu dipecah masuk. 

“Lebih 10 kes jenayah seperti curi kereta, ragut dan pecah masuk rumah berlaku di kawasan ini tahun lalu dan keadaan semakin membimbangkan sejak sebulan lalu apabila 15 rumah sudah dipecah masuk,” katanya kepada Sentral di sini. 
Katanya, selain kehilangan kereta beberapa tahun lalu, rumahnya turut dipecah masuk bulan lalu apabila penjenayah mengambil pelbagai barangan berharga. 

Beliau yang ditemui bersama beberapa penduduk di sini kesal kerana tiada tindakan diambil pihak berkuasa bagi mencegah kes pecah masuk rumah walaupun banyak aduan dibuat. 

“Kami terpaksa membuat rondaan bermula tengah malam sehingga subuh sejak September lalu, tetapi kejadian pecah masuk rumah masih berlaku. 

“Oleh itu, kami sangat berharap pihak berkuasa khususnya polis membuat rondaan di kawasan perumahan itu bagi mengekang kejadian terbabit,” katanya. 

Nik Amran Alias, 47, berkata beliau pernah terserempak empat lelaki menaiki sebuah kereta Proton Wira berwarna hitam berlegar-legar di kawasan perumahan itu tetapi kereta berkenaan hilang sebaik terlihat kelibatnya. 
Published with Blogger-droid v1.7.4
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive