Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, November 23, 2011

NAJIB FLIP-FLOP


Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi gagal menunaikan janjinya untuk melakukan pembaharuan termasuk memberikan kebebasan terhadap hak berhimpun.Beliau berkata demikian mengulas langkah kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman di dewan rakyat hari ini.“Kita mempunyai PM yang mengamalkan dasar flip flop dan tidak tuntas, tidak menunaikan janji-janjinya dan ini sudah lama dirasai oleh rakyat,” katanya ketika ditemui di Parlimen semalam.

Menurut Azmin, Najib pada 16 September lalu turut berjanji bahawa beberapa akta termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri akan dimansuhkan, namun menggantikannya dengan akta lain yang mengekalkan penahanan tanpa bicara.

Tegasnya, RUU berkenaan tidak wajar diperkenalkan kerana perlembagaan sendiri telah memberi jaminan terhadap kebebasan berhimpun.

“Bagi kita perkara ini tidak timbul kerana perlembagaan sudah jelas, (rakyat) diberikan jaminan untuk berhimpun dengan aman. (Kerajaan) tiada keperluan untuk menggubal satu akta lain untuk mengekang kebebasan rakyat,” katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Terdahulu Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng membidas Rang Undang-undang berkenaan kerana memberi lebih kuasa terhadap polis untuk menahan individu yang terlibat dalam perhimpunan aman.

“Terpulang kepada polis untuk menentukan sama ada sesuatu perhimpunan itu aman atau tidak,” katanya pada sidang media di Parlimen.

Beliau merujuk Seksyen 8 dalam rang undang-undang berkenaan yang menyatakan bahawa seseorang pegawai polis boleh mengambil langkah yang difikirkannya perlu untuk memastikan sesuatu perhimpunan dikendalikan dengan teratur.

“Ini tidak kena dengan usaha Kerajaan kononnya ingin memberikan hak asasi dan demokrasi kepada rakyat. Ini lebih teruk dari dulu kerana ada tempat-tempat yang disenaraikan dihalang (berhimpun),” ujarnya.

Tambah beliau, peraturan baru itu juga meluaskan lagi kawasan larangan untuk mengadakan perhimpunan dan melipatgandakan jumlah denda kepada penganjur yang terlibat.

Seksyen 9(5) dalam rang undang-undang berkenaan memberi kuasa kepada polis untuk mengenakan denda ke atas penganjur sebanyak RM10,000 sekiranya tidak mengemukakan notis untuk mengadakan perhimpunan kepada polis.

Manakala Seksyen 21(3) memberi kuasa kepada polis untuk mengenakan denda sehingga RM20,000 berbanding denda sebanyak RM2,000 kepada individu yang ditahan dalam sesuatu perhimpunan.

Tempat larangan yang dinyatakan dalam rang undang-undang berkenaan mengambil takrif kawasan yang diisytiharkan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

“Maknanya semua tempat pun tak boleh berhimpun. Dalam hutan pun tak boleh sebab mungkin ada loji rawatan air,” kata Guan Eng.

kl-today

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive