Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Disember 02, 2013

KES KEMATIAN 3 BERADIK,BUKAN TRAGEDI BIASA

Anggota bomba dan penyelamat mengeluarkan mayat dua beradik yang ditemui dalam tali air. - Foto Sinar Harian oleh NOR FAIZAL GHAZALI



Polis: Kematian 3 beradik bukan tragedi biasa


ALOR SETAR - Misteri kehilangan tiga beradik sejak Jumaat lalu, terjawab apabila kesemua mereka ditemui meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati di dua lokasi berasingan.

Noor Syafikah Nadia, 14, ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap dan separuh bogel kira-kira jam 3.45 petang berhampiran kawasan bendang di Kampung Alor Senibong, Langgar, semalam.

Manakala dua adiknya Nur Izzati Husna, 12, dan Putri Nurul Akmal, 3, ditemui kira-kira jam 3 petang, hari ini dalam keadaan terapung dalam tali air Terusan Mada Kampung Padang Petani, dekat sini.

Dalam kejadian berkenaan, Noor Syafikah, anak sulung kepada pasangan Rusdi Rani, 38, dan Siti Aishah Ariffin, 40, keluar rumah bersama dua adiknya di Jalan Datuk Kumbar, di sini, kira-kira jam 7.30 malam, Jumaat lalu.

Tiga beradik itu ke rumah seorang kawannya yang terletak di Kampung Gelam kira-kira 15 minit dari rumah mereka.

Bagaimanapun mereka tidak pulang ke rumah walaupun sudah lewat malam membuatkan pasangan berkenaan membuat laporan polis berhubung kehilangan anak mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira jam 2 pagi, Sabtu.

Pencarian mereka membawa kepada penemuan motosikal yang dinaiki ketiga-tiga mangsa berada dalam keadaan baik di pondok menunggu bas dalam keadaan berkunci.

Penemuan mayat Noor Syafikah terus menimbulkan keresahan keluarga kerana dua adiknya lagi masih gagal dikesan.

Bagaimanapun selepas kira-kira sejam selepas jenazah Noor Syafikah dikebumikan, hari ini, keluarga terbabit dikejutkan dengan penemuan mayat dua lagi anak mereka yang merungkai kehilangan tiga beradik itu.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim menyifatkan kejadian berkenaan bukanlah tragedi biasa.

Menurut beliau, selepas penemuan mangsa pertama, bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan lemas dan pihaknya tidak menemui kesan-kesan lain pada badan mangsa.

“Kita juga tidak menemui sebarang kesan kecederaan seksual termasuk rogol melainkan kesan calar pada bahagian belakang mangsa dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Manakala dua mayat yang baru ditemui akan dibedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian mereka,” katanya ketika ditemui media di lokasi kedua penemuan mayat di Terusan Mada Kampung Padang Petani, hari ini.

Tambah beliau, polis turut menemui sehelai seluar berhampiran mangsa kedua tetapi masih belum dapat dikenal pasti sama ada seluar itu kepunyaan mangsa pertama atau sebaliknya.

“Kita akan minta mak dan ayah mangsa untuk buat pengecaman seluar yang ditemui dan akan meminta pihak hospital membuat bedah siasat secepat mungkin.

“Saya ingat ini bukan kejadian biasa disebabkan ketiga-tiga mangsa ditemui di lokasi berasingan,” katanya.

Ahmad berkata, pihaknya akan memberi keutamaan untuk menyiasat kes terbabit.


SH



5 ulasan:

  1. Alfatihah,
    Moga diberi kekuatan & ketabahan kepada ibubapa mereka. Redhalah dengan ketentuan Allah.

    BalasPadam
  2. Teman lelaki mangsa (suspek) sedang dicari, dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut menurut polis

    BalasPadam
  3. masaalh .. melaysia semakin kejam dan pelik..macam macam dah berlaku kat negara kita ni.. mungkin suatu hari nanti perperangan saudara akan terjadi pulak,,

    BalasPadam
  4. Bila pemerintah tiada ehsan dalam pemerintahan mereka, maka beginilah jadinya kepada rakyat marhein.

    BalasPadam
  5. Jalan hukum hudud masalah jenayah kejam ini akan selesai pasai penjenayah hak yang dok teringin nak buat jahat akan takut. Biar depa tengok dng mata kepala depa pencuri dipotong tangan, penzina rogol ka kena sebat atau rejam. Ini bukan kejam. Yang bunuh samun dll tu lebih kejam. Kalau dok bincang index jenayah meningkat tak jdi apa tapi kena ada tindakan drastik. Pakat dok ceramah besemboq air lior nak tunjuk hebar dia pandai k tarik odion datang ramai atau dok buat lawak bodo, last sekali dapat fulus n pangkat kedudukan terus diam. Kita ada banyak pendakwah tak ikhlas pasai tu jenayah tak selesai. Ada ust dok pejatuh sama ust tujuan nak naik atas. Yang tak ust dok kerja makan rasuah hingga pendatang asing pun berani merompak di sini, punca bagi mereka masuk dengan senang. Ini semua cerita bangau oh bangau kenapa engkau kurus...dok pakat salah satu sama lain lama2 mampos semua. Punca ust dakwah tak ikhlas bila ditawar jawatan mula dah nampak duit pastu dok kencing kat ust lain.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive