Dey Macha

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Oktober 09, 2008

'Bijak-bijak', Abdullah ternyata 'licik'

Ketua Perusuh
Thu | Oct 09, 08 | 7:57:46 am MYT
Abdullah Ahmad Badawi adalah seorang Perdana Menteri yang lebih licik daripada Dr Mahathir Mohamad. Anda boleh sanggah pandangan saya ini, namun sewajarnya anda perlu membaca sampai habis komentar saya kali ini.


Majoriti rakyat Malaysia telah lama mengetahui bahawa Dr Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia yang licik. Setiap langkah dan tindakannya tidak dapat dijangka. Biarpun diwaktu ditimpa pelbagai kemelut, beliau memang dapat menyelesaikannya malah dengan angkuh berjaya memperkecilkan musuhnya.

Semasa pemerintahan Dr Mahathir Mohamad, dia tidak akan membiarkan sesuatu masalah itu timbul dan menyulitkan pemerintahannya. Beliau dengan tangkas akan memancung (menetak) pucuk-pucuk yang memberikan masalah tersebut semenjak dari tunasnya. Beliau tidak akan membiarkan tunas tersebut menjadi pucuk.

Namun dalam kita tidak sangka, Abdullah Ahmad Badawi mempunyai ramai pakar strategi dan pembantu yang bersedia untuk hidup mati dengannya.

Malah dengan kemampuan lobi bertahap mega yang berjaya dikesan setakat ini, saya percaya tindakan Abdullah Ahmad Badawi membuat sidang akhbar untuk tidak mempertahankan jawatannya dan bersedia untuk peralihan kuasa adalah satu daripada beberapa pelan beliau yang telah dikaji dan diyakini olehnya.

Anda semua perlu ingat bahawa pengesahan untuk bertanding jawatan presiden Umno atau tidak adalah tidak memberi makna yang mendalam kepada keputusan pengundian para perwakilan Umno.

Jika seseorang itu tidak mengesahkan akan bertanding, namun terdapat cukup pencalonan dari Bahagian Umno dan akar umbi ketika mesyuarat agung Umno, maka secara otomatiknya beliau layak untuk disenaraikan.

Jika semasa penyenaraian ini majoriti perwakilan (lebih dari 80%) membuat keputusan untuk memilih calon yang tidak mengesahkan pertandingan tersebut, maka mengikut lunas undang-undang calon tersebut berhak untuk memenangi jawatan tersebut.

Oleh yang demikian, jika Abdullah Ahmad Badawi mendapat lebih dari 2/3 undi para perwakilan Umno maka secara otomatisnya beliau akan terus dipuncak kuasa. Oleh sebab ini, kita percaya agenda kedua dan ketiga pihak Abdulla Ahmad Badawi sedang diteruskan dan dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Oleh itu, maka jangan terkejut jika Abdullah Ahmad Badawi akan terus mendapat pencalonan yang terbaik dan beliau berhak untuk menjadi Presiden Umnmo dan seterusnya menjadi Perdana Menteri. - ketuaperusuh.wordpress.com

"Bijak-Bijak"

(Ketua Perusuh adalah bekas Felo Kanan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa)_

HRKH

1 ulasan:

  1. Salam Biaqpi:

    Memang beliau akan dapat pencalonan simpati dari bahagian2 yg masih kuat menyokong kepimpinan beliau. Pencalonan ini mungkin untuk mengimbangi dan bertujuaan untuk mengikis pemimpin yang UMNO yag rakus untuk terus memenuhi kerusi empok tertinggi. Mereka itu seperti yg telah ramai ketahui tidak ada keikhlasan menyokong dan membantu PakLah memperbetulkan UMNO malah mereka sendiri sesama mereka berlumba2 untuk berada di tempat yg terbaik.

    Saya percaya walaupun Pak Lah mendapat seribu undi sekalipun, beliau bukan seperti yg Ketua Perusuh jangkakan. Beliau berpegang pada janji, ya janji terhormat yg dilaksanakan akan lebih dihormati. Wallahualam.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive