Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Disember 05, 2008

Cara-cara melakukan sembahyang Jamak dan Qasar



Makna Jamak ialah dihimpunkan
Makna Qasar ialah dipendekkan

Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:- "Sahaja aku musafir kerana Allah Tallah".
Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.

Jamak Takdim dan diQasarkan (di pendekkan)

1.Melakukan sembahyang asar dalam waktu zuhur itu di namakan jamak takdim.
Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang zuhur ialah "Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".
Niat untuk sembahyang asar pula ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".

Jamak Takhir dan diQasarkan (di pendekkan)

2.Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir.
Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:- "Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar"
Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang asar ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".
Niat untuk sembahyang zuhur ialah "sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Talla".

Kita boleh juga jamakkan magrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-

Jamak takdim dan diqasarkan (di pendekkan)

1.Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.
Niat untuk sembahyang magrib ialah "Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Talla".
Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".

Jamak takhir dan diqasarkan (di pendekkan)
2.Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.
Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir "Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam waktu isyak"
Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Talla".
Niat untuk sembahyang magrib ialah "sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Tallah".

Sumber: www.familiazam.com

22 ulasan:

  1. Alhamdulillah...understood..Tq

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama16/5/09 8:37 PG

    Alhamdulillah...dah faham dah...

    BalasPadam
  3. Terima kasih bebanyak....baru la faham skang...

    BalasPadam
  4. Terima kasih..

    BalasPadam
  5. zekayu@yahoo.com14/3/11 5:46 PG

    terima kasih. Sesekali buat jadi selalu lupa.
    kalau hendak pergi jauh saya selalu rujuk balik ttg niatnya..

    BalasPadam
  6. Terima kasih, Dah jelas. Kalau boleh sertakan lafaz dalam bahasa Arab.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah terima kasih atas penjelasan yang diberikan...baru lah saya faham...

    BalasPadam
  8. assalamualaikum...solat jamak takdim dan qasar boleh dalam satu niat dan satu salam???

    BalasPadam
  9. terima kasih...:)

    BalasPadam
  10. alhamdullilah ...
    dh faham ...
    lps nie, boleh la buat ketika di kampung ...
    :)

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah...tq admin.

    BalasPadam
  12. ermm... keliru sedikit.. 1]mcm mn pulak dgn bacaan tahiyat awal dan akhir?

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama5/7/12 1:44 PTG

    alhamduliilah... dalam banyak2 blog yg saya cari ttg solat jamak n qasar... yg ni paling mudah faham...tima kasih sgt...

    BalasPadam
  14. Salam sy ingin bertanya....kalau melakukan jamak ta'khir...yg mana harus di lakukan dahulu....waktu mgrib atau isya...sbb sebelum ni yg sy fhm harus lakukan solat mgrib dahulu sblum isya....

    BalasPadam
  15. Bg tujuan perlancongan yg memakan masa 10 di negara lain,dibolehkan jamak atau harus solat 5 waktu seperti biasa ?

    BalasPadam
  16. Bila bijak mengunakan kemudahan yg sedia ada maka banyak yg dpt dpelajari dlm hal hal agama....

    BalasPadam
  17. terima kasih....baru faham

    BalasPadam
  18. Tanpa Nama3/3/13 6:13 PTG

    maaf,...msh blm phm

    BalasPadam
  19. Terima bebnyak.....dengan izin allah faham

    BalasPadam
  20. apakah boleh solat setelah solat asar? kan itu waktu yang diharamkan?

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive