BERIKUT SALAH SATU KOMEN MENARIK YANG DICEDUK DARI PAGE FACEBOOK JPJ BERKENAAN CERMIN GELAP:
KOMEN OLEH: Aaroniero Arruruerie
JPJ, Puspakom dan kastam under table.?Rata-rata kenderaan ini dibawa atau diimport masuk ke Malaysia daripada Jepun dalam keadaan bercermin gelap. Cermin gelap tersebut bukannya dilekatkan filem atau plastik, tetapi cermin itu memang jenis yang gelap yang dikeluarkan daripada kilang. Setiap kenderaan yang dibawa masuk ini akan melalui pemeriksaan JPJ terlebih dahulu di pelabuhan yang menjadi pintu masuk kenderaan import tersebut. Stesen verifikasi JPJ di pelabuhan akan melakukan pemeriksaan nombor indeks kenderaan, tahun pengeluaran dan beberapa pemeriksaan lagi terhadap kenderaan tersebut untuk memastikan kenderaan yang diimport mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan Kerajaan Malaysia.Selepas segala prosedur dipatuhi dan JPJ meluluskan kemasukkan kenderaan tersebut, ianya diserahkan pula kepada pihak kastam untuk tujuan cukai.
Selepas segalanya selesai kenderaan tersebut barulah boleh dikeluarkan dari pelabuhan. Untuk keluar dari pelabuhan kenderaan tersebut sekali lagi akan lalu di depan mata kastam yang menjaga pintu keluar pelabuhan. Persoalannya disini, cermin gelap adalah satu kesalahan dan melanggar undang-undang yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia, kenapa pihak JPJ boleh luluskan kemasukkannya ? Kastam pula kenapa boleh lepaskan kenderaan itu melepasi pintu pelabuhan walaupun cukai telah dibayar ?Tidak salah untuk saya mengesyaki wujudnya satu "MOU haram" antara JPJ, kastam dan pengimport kenderaan tersebut.Kastam mungkin akan menjawab bukan bidang kuasanya untuk menghalang kemasukkan cermin gelap kerana tugas mereka memastikan kenderaan yang dibawa masuk membayar cukai dan mempunyai AP yang sah. Betul...saya setuju.
Tetapi sebagai kakitangan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap negara, apakah salah sekiranya kastam melaporkan perkara tersebut kepada pihak yang lebih atas ? Jika tugas kastam mengutip cukai, tidak perlulah lagi kastam menahan dan merampas dadah yang dibawa masuk di KLIA seperti yang selalu dilaporkan media. Kerana tugas tersebut adalah tugas polis. Tugas kastam adalah kutip saja cukai dadah, kemudian selepas dadah dibawa masuk tugas polis pula menangkap pembawa.Kerajaan sering menggalak rakyat melakukan khidmat sosial seperti melaporkan kejadian jenayah kepada polis, melaporkan kegiatan penyeludupan di sempadan, melaporkan kejadian rasuah kepada SPRM dan macam-macam lagi.
Malulah jika pihak yang ada kuasa seperti kastam tidak boleh melaporkan kepada pihak yang lebih atas tentang kesalahan yang wujud dan dilihat didepan mata mereka sendiri.Adakah ada sindiket disebalik kegiatan ini semua ? Kenapa saya berprasangka begitu ? Apabila kenderaan tersebut telah dibeli oleh pembeli, ianya perlu dibawa ke Puspakom untuk tujuan pemeriksaan. Sebelum ke Puspakom penjual kenderaan akan menukar cermin gelap kenderaan tersebut kepada cermin cerah. Pembeli akan dikenakan bayaran sewa cermin cerah antara RM 500.00 ke RM 1500.00. Jumlah bayaran yang dikenakan berbeza mengikut model dan harga kenderaan. Jika kenderaan yang penjual untung banyak bayaran sewa cerminnya murah. Jika yang untung sedikit bayaran sewa cerminnya mahal. Selepas lulus pemeriksaan Puspakom dan cukai jalan telah dikeluarkan oleh JPJ, cermin cerah tersebut akan ditukarkan kembali kepada cermin gelap yang asal.Pembeli datang untuk mengambil kenderaan mereka di pusat jualan, mereka akan dapat kenderaan yang dibeli tersebut dalam keadaan cermin yang gelap. Kemudian apabila kenderaan berada di atas jalan raya, pembeli yang menjadi mangsa saman JPJ atau polis kerana menggunakan kenderaan yang bercermin gelap. Akhirnya pembeli yang menjadi mangsa. Adakah JPJ dan Puspakom tidak tahu kegiatan tersebut ? Mustahil ! Saya gerenti 100 peratus mereka tahu. Jangan bagi alasan waktu kenderaan tersebut melalui pemeriksaan Puspakom, cermin cerah, sebab itu kita luluskan. Sebagai sebuah agensi yang dipertanggungjawab, JPJ jangan berpura-pura tidak tahu kerana tidak mahu kerja lebih. Bagaimana sesuatu peraturan atau undang-undang akan mencapai maksud jika pihak yang dipertanggungjawab tidak mahu berkerja lebih ?
Undang-undang atau peraturan dibuat untuk tujuan mendidik. Bukannya bertujuan untuk menghukum. Kata pepatah kalau hendak melentur buluh biar dari rebungnya. Begitu juga dalam hal cermin gelap ini. Jika JPJ betul-betul nak bendung kenderaan yang bercermin gelap, atasi dulu masalah di pintu kenderaan itu dibawa masuk. Salah satu punca kenderaan lain di Malaysia menggunakan cermin gelap kerana mereka terikut-ikut apabila melihat kenderaan import terpakai 'boleh' bercermin gelap. Apa salahnya pegawai-pegawai atasan JPJ berbincang dengan pengimport-pengimport kenderaan dan Kastam tentang larangan membawa masuk kenderaan yang bercermin gelap ? Jika perlu pergi ke Jepun pun pergilah. Beritahu pihak berkuasa berkenaan di negara itu tentang larangan membawa masuk kenderaan bercermin gelap. Kita nak eksport barang ke negara luar pun kita perlu patuhi peraturan yang ditetapkan sesebuah negara.
Penjual kenderaan di Jepun hendak menjual kenderaan mereka kepada kita, jadi mereka perlu ikutlah peraturan yang kita telah tetapkan. Australia hendak menjual kambing kepada kita pun ada syarat yang perlu kita ikut. Pengimport atau pembeli kambing perlu ada rumah sembelihan yang mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Kambing yang binatang pun ada syarat, apatah lagi kenderaan yang bercermin gelap yang melibatkan nyawa manusia. Orang Jepun kalau kita bagi peraturan dan syarat mereka akan patuh kerana mereka terkenal sebagai bangsa yang patuh pada peraturan dan berdisiplin.
Pernahkah JPJ pergi berbincang dengan pihak berkuasa berkenaan di Jepun ? Atau JPJ akan bagi alasan kita tak boleh bincang dengan Jepun, syarat itu perlu dipatuhi pengimport yang dari Malaysia ? Jika itu jawapannya kenapa masalah itu tidak selesai hingga kini ? Atau boleh jadi juga JPJ akan bagi jawapan yang paling dangkal, "pemilik kenderaan yang perlu tanggung risiko. Dah tahu salah kenapa beli kenderaan yang bercermin gelap ?" Jika itu alasan yang diberikan, lebih baik kita lepaskan sahaja dadah masuk ke Malaysia, kemudian kita bagi alasan "dah tahu hisap dadah itu salah , kenapa hisap dadah ? "Seperti yang saya katakan diatas, tujuan diwujudkan undang-undang atau peraturan adalah untuk tujuan mendidik. Bukannya untuk menghukum. Kata orang tua-tua nak matikan pokok biar daripada akarnya. Nak matikan hal cermin gelap, matikan dulu di pintu kenderaan import yang bercermin gelap itu masuk. p/s : Masalah ini telah lama berlarutan. Mustahil JPJ atau Puspakom tidak tahu perkara ini. Saya yakin ada sesuatu yang tidak kena dalam hal ini. Jadi adalah lebih baik sebelum pihak polis memburu kenderaan yang bercermin gelap, lebih mustajab lagi sekiranya pihak SPRM dapat menyiasat terlebih dahulu JPJ, Puspakom dan kastam.
SUMBER
Senang jer jom kita suruh menteri2 yg jaga depa jawab depan tv..rakyat yg soal depa tlong jawab..LIVE..!!!
BalasPadamBukannya Kastam atau JPJ atau Puskakom tak mahu bertindak tapi dimalaysia kita ini semua ketua jabatan yang boleh menghasilkan wang mereka akan diarah untuk mengutip seberapa banyak yang boleh itulah sebabnya bukan saja JPJ Kastam dan Puspakom saja bahkan majlis bandaran dan kerajaan tempatan pun jika kita lihat semua cukai dikenakan sampai ruang parking yang sempit pun digunakan jika salah letak atau parking sekejab untuk beli air dan sebagainya akan disaman atau dikunci itulah sebabnya juga penguatkuasa yang dipilih pun bukan jenis yang ada budibicara hanya pada fikiran mereka aku mesti dapat hasil dan bos akan lihat aku buat kerja,itulah sebabnya hari ini penguna tidak taku dengan undang-undang sebabnya dimalaysia undang-undag bukan untuk mendidik tapi untuk memungut denda dari rakyat yang engkar,ingatlah selagimana undang-undang tidak dipatuh selama itulah peraturan tidak akan tegak dan hari ini orang ramai tidak hairan dengan denda dan saman bahkan dipenjara sekali pun mereka tiadak akan takut itulah sebabnya juga dipenjara dipenuhi oleh pesalah-pesalah hanya keran mencuri kasut dan sebagainya,oelh itu pehak penguatkuasa dengarlag suara rakyat demi untuk kebaikan bersama,kita lihat dinegara jiran kita kenapa bila kita kesena kita boleh patuh dengan undang-undang mereka sebagai contoh bila perokok membuang puting rokok tak sampai 15 minit tunggulah akan sampai penguatkuasanya wmengur kita sebelum mereka keluarkan saman bolehkah kita berbuat demikian dimalaysia fikirlah sebelum bertindak.
BalasPadamSoal cermin gelap ini "small matter" sahaja, tetapi soal pokok yang besar dan terlalu penting terhadap rakyat adalah "rasuah lesen memandu". Rata-rata calon dan pengajar Institut Memandu tahu akan wujudnya rasuah ini terutama di kalangan "tester - penguji JPJ, tetapi mereka diamkan sekian lama kerana masing-masing nak jaga periuk nasi. Pihak SPRM pula akan menyiasat sekiranya ada laporan dibuat jika tiada laporan maka mereka goyang kaki sahaja dan makan gaji buta. Semuanya bermula apabila pihak tester JPJ ini terlalu lama bertugas di sesuatu tempat atau daerah, sepatutnya mereka perlu ditukar paling lama 2 tahun bertugas di sesuatu daerah tapi yang ada sekarang hingga 15 tahun masih di daerah atau penempatan yang sama maka wujudlah rasuah secara besar-besaran. Mana mampu seorang tester JPJ memiliki Alfard atau Vellfire dengan gaji gred mereka? Pengarah JPJ dan SPRM tolong bertindak demi anak bangsa kamu yang akan datang sementara mood dan moral serta kepercayaan rakyat yang masih berbaki terhadap jabatan dan integriti jabatan kamu masih ada. Trm kasih
BalasPadamaku sokong dgn pendapat2 di atas...mmg tepat skali
BalasPadamPelik lah kat M'sia nie. Pemimpin bukan fikir utk menyenangkkan rakyat tetapi fikir mcmmana nk susahkan rakyat. Bukan niat utk memuji negara luar ttp di m'sia seolah2 semua org mempunyai saman bukan 1 tp lebih dr satu. cuba lihat sje pd iklan di TV smpai tunjuk bgmna cara mudah nk byr saman. nie menunjukkan semua org ada saman. Di Amerika cthnya spjg berada disana sy langsung x jumpa tol ttp kt m'sia keluar rumah shj dh nmpk tol. wlpn disana mereka menggunakan kereta lebih canggih dr kita ttp mereka masih menggunakan ron 87 dgn harga yg murah. knp kita hanya menggunakan kereta biasa perlu menggunakan ron yg tinggi 95. jln raya yg mereka guna juga dibuat utk jangka masa yg pjg tidak perlu diusik ttp di M'sia mereka hanya tambah 1 lane natijahnya bertahun mengadap jem yg tak sudah. dn slps siap planning lagi utk tmbah lane. knp pemimpin x fikir utk menyenagkan rakyat.
BalasPadamSoalan..knp pemimpin x fikir utk menyenangkan rakyat...sbb pemimpin memikirkan untuk menyenangkan.....jawab sendiri laa...
BalasPadamwell said !!.
BalasPadam"lebih mustajab lagi sekiranya pihak SPRM dapat menyiasat terlebih dahulu JPJ, Puspakom dan kastam.."
"Pengarah JPJ dan SPRM tolong bertindak demi anak bangsa kamu yang akan datang sementara mood dan moral serta kepercayaan rakyat yang masih berbaki terhadap jabatan dan integriti jabatan kamu masih ada.."
Dok kalut buat apa pasai cermin hitam....biaq p la orang nak pakai. Awat Malaysia ni lebih maju pada Jepun ka???jepun negara moden bagi pakai kita ni tiru sapa. Zimbabwe pa...orang makin maju. Kita makin ke belakang....apa alasan tak bagi pakai cermin hitam.......??? kalau dapa kata tak boleh nanti boleh sembunyi orang jahat!! Itu kerja pihak kuasa la ...tangkap orang jahat.q...buat kerja masing2. tau dak ada pesakit SLE. tak boleh kena cahaya panas???
BalasPadamSayogia di perhatikan, Stesen verifikasi JPJ di pelabuhan yang sebelum ini melakukan pemeriksaan nombor indeks kenderaan, tahun pengeluaran dan beberapa pemeriksaan lagi terhadap kenderaan tersebut untuk memastikan kenderaan yang diimport mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan Kerajaan Malaysia.
BalasPadamSejak 2008 stesen ini sudah ditutup.
Owner blog ni xtau pape.. die main copy paste je.. tu yg info die semua ke laut tu...
Padamhanya kerajaan BN sahaja yang boleh buat macam ni kepada rakyat sendiri....seolah-olah undang-undang mereka yang punya.
BalasPadamNak perbetulkan kepincangan ini semua hanyalah satu cara saja iaitu kita kena hapuskan Kera-jaan Umno/BN celaka ini dan gantikan dengan kerajaan baru yang bertanggungjawab terhadap rakyat dari PR.
Msia ni mak ayah je yg x bolih dibeli.
BalasPadam1 JE CARANYA...TUMBANGKAN BEE EEND....
BalasPadamDari maklumat rakan aku di Kuantan dan Ipoh, mereka yang terdiri kalangan anak muda dari sebuah NGO telah lama mengumpul bukti bergambar dan saksi rakaman serta aktiviti penguji (tester) JPJ di dalam dan diluar tugas untuk dibawa terus kepada KDN/menteri memandangkan pihak SPRM kurang peka terhadap kes-kes yang dikatakan terpencil begini tetapi kesannya terlalu besar terhadap rakyat hingga membabitkan kehilangan nyawa pemandu dan di pihak pengguna yang lain. Pihak tester ini juga bertugas terlalu lama di daerah/negeri ini hinggakan perkara rasuah terlalu mudah berlaku seperti rutin makan nasi tengahari aje layaknya di setiap kali ujian JPJ dijalankan sedangkan mereka ini adalah kakitangan kerajaan yang sepatutnya berdisiplin dan telah dikenakan akujanji. Tidak mustahil mudahnya berlaku rasuah besar-besaran sekiranya mereka ini boleh tidur sebantal dengan pengajar atau staf institut memandu. Jangan nanti dikatakan zaman Najib menjadi PM, sikap menteri dan ketua kerajaan terhadap rasuah tiada beza dengan negara India dan Zimbabwe. Kepercayaan rakyat terhadap mereka ini sudah ditahap ‘zero’, kerana setiap belia yang mengambil lesen memandu pastinya akan terhidu busuknya perangai mereka ini. Berubah sebelum diubah.
BalasPadamTak payahlah kamu nak melalak......Boss mereka akan tutup sebelah mata sahaja dengan rungutan begitu. Selagi tiada arahan dari menteri, maka Boss mereka ini akan main hurut kepala sahaja kepada anak buah mereka kerana Boss pun 2 x 5 aje perangai. Cuma Jerung dan Bilis tidak sama kapasiti makanannya, itu sebab Boss tutup sebelah mata maklumlah nak buat saving dan bagi menjamin perut anak bini sentiasa kenyang apabila Boss pencen kelak.
PadamTuan punya blog ni main ckp ikut dan je ni.. skdr yg sy nmpk semua info die main copy paste tanpa memahami prosedur sebenar n even tuan empunya blog ni pun xpaham ape yg die copy paste.. ttiba nak kaitkan kastam dgn cermin gelap.. ape bangangnya ko ni.. kastam kerjanya apa? Ko baca psl skop kerja kastam sampai abis kat dlm website kastam dulu.. bende sume dh cantik.. sblm kereta recond yg byk bercermin gelap ni didaftarkan pada jpj, mereka kene lalui inspection B2 di puspakom, sebelum masuk inspection, kereta ni semua akan ditukar kpd cermin cerah yg ikut spec, cuma yg jd masalahnya, abis inspect n dh lulus, taikun kereta mewah ni tukar blk ke cermin gelap yg ori n then handover pada customer.. nmpm x simple je masalah n siapa yg bersalah? Tauke2 kereta recond ni, tu je.. kalau nak amik tindakan pun mmg bende ni teramat sukar dibendung, ini sikap pembeli sdiri, kalau betul2 sedar, diorg jgn accept kereta dlm keadaan cermin gelap.. xde isu rasuah la, mou haram la.. nothing to do with custom, jpj, puspakom, agensi ni sume jalankan tugas ikut standard.. kerajaan mmg dh kuatkuasakan utk suruh cermin ni ditukar, dgn cara apa? Cara kene inspect dulu di puspakom, B2 report lulus baru boleh gi bayar duty n register di JPJ.. karang kalau nk suruh kastam lepaskan kereta yg dh tukar cermin cerah, ade pulak kastam kuasa utk tentukan ketelusan cahaya cermin tu.. ini tetiba sibuk suruh pegi jmpe gov jepun, xkan hal kecik psl cermin sampai nak kene buat G2G deal..? Yg bermasalah ni tauke2 kereta recond ni je sbb segala proses ubahsuai akan dilakukan di malaysia, kalau nk suruh modify segala bende kat jepun or uk dah sah2 kos lg tggi.. tuan empunya blog, ko kalau nk bercakap n nk komen bende mcm ni, jgn la tunjukkan kebangangan ko tu sgt, bercakap macam hebat, tp kosong.. main tembak ikut dan je..
BalasPadam