Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Januari 05, 2015

NAJIB LAGI LAJU SAMPAI DARI JET RASMINYA?

Jet rasmi kerajaan dengan nombor pendaftaran 9M-NAA yang dipersoalkan penggunaannya selepas dijejak berada di beberapa negara, walaupun Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak berada di Malaysia, akhirnya selamat mendarat di Lapangan Terbang Subang malam tadi.

Menurut laman sesawang Flight Radar 24, jet itu tiba pada jam 11.15 malam tadi selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Bangkok pada jam 10.20 malam.

Najib dijangka akan merasmikan konvoi sukarelawan banjir Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pada 8 pagi ini.



Jet 9M-NAA yang dikendalikan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum ini pernah dijejak mendarat di Indianapolis, Los Angeles, New York, London, Dubai dan Bangkok walaupun Najib sudah berada di Malaysia untuk memendekkan percutiannya.
Situasi banjir yang buruk di negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang memaksa Najib memendekkan percutiannya selepas gambar presiden Umno itu bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii dikeluarkan akhbar Washington Post dan mendapat kecaman pengguna media sosial.

Najib pada petang 27 Disember tiba di Kota Baru untuk melawat mangsa banjir selepas dijemput pesawat TUDM lain dari Hong Kong.

Pada 2 Januari, Bernama melaporkan Najib terbang ke Bangkok pada hari sama laman sesawang Flight Radar 24 menjejak 9M-NAA mendarat di ibu kota Thailand itu.

Menurut Bernama yang memetik laman Facebook Najib, pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand Jen Prayuth Chan-ocha untuk mengucapkan terima kasih kerana bantuan negara tersebut apabila Malaysia di landa banjir.

Sebelum ini, selepas pulang ke Malaysia dan memendekkan percutiannya, Najib dilaporkan sebagai berkata keluarganya bersedih dengan tindakan tersebut.

“Walaupun keluarga saya bersedih kerana terpaksa ditinggalkan, saya memberitahu apa yang mereka alami tidak boleh dibandingkan dengan perasaan mangsa banjir,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

PKR sebelum ini mempersoalkan siapa yang menggunakan pesawat rasmi kerajaan itu berada selepas kepulangan Najib dengan menggunakan pesawat TUDM.

Ketua Penerangan Pemuda PKR Lee Chean Chung mempersoalkan mengapa pesawat 9M-NAA mendarat di Indianapolis dan siapa penumpang pesawat itu.

“Saya mahu tahu mengapa pesawat rasmi tidak membawa Najib pulang tetapi pesawat TUDM yang digunakan, hanya menambahkan kos?” soal Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu itu.

Pengguna media sosial juga bertanya ke mana perginya isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor di saat pantai timur dilanda banjir besar.

Najib dalam menjelaskan aktiviti bermain golf bersama Obama di Hawaii baru-baru ini menafikan beliau mengabaikan bencana banjir seperti dituduh sesetengah pihak.

Katanya, aktiviti itu dirancang lebih awal atas dasar menjalinkan hubungan diplomasi dengan pemimpin dunia bagi mendatangkan manfaat kepada Malaysia.

Beliau berkata, jemputan itu disampaikan sewaktu Obama melawat Malaysia April lepas, dan amat sukar menolaknya kerana ia dirangka lebih awal berdasarkan jadual kedua-dua pemimpin.

"Main golf ini bukanlah satu perkara aneh atau luar biasa... sebab zaman Tun Abdul Razak (perdana menteri kedua Malaysia), Tun Dr Ismail Abdul Rahman (timbalan perdana menteri kedua) bermain golf dengan pemimpin dunia merupakan perkara yang boleh dikatakan sebagai 'golf diplomacy',” katanya. – 5 Januari, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/selepas-bangkok-jet-rasmi-kerajaan-akhirnya-tiba-di-kuala-lumpur#sthash.UYMeZxMK.dpuf


KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive