Rafizi: 'Umno jangan seronok sangat'
SHAH ALAM- Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata tiada elemen mengejut menjadi punca sokongan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hambar.
Rafizi berkata, berbeza dengan tahun 1998, ketika itu rakyat terkejut dengan keputusan terhadap Anwar, sekali gus menyebabkan ribuan turun ke jalanan memberi sokongan bekas Menteri Kewangan itu.
"Rakyat sudah tahu, tambahan pula zaman kini maklumat dihujung jari.
"Perkembangan Anwar sudah diikuti, jadi rakyat tidaklah terkejut sangat," katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, namun ia bukan bermakna sokongan terhadap Anwar berkurangan sebaliknya rakyat akan menggunakan pentas undi untuk meluahkan sokongan mereka.
"Umno jangan seronok sangat, tengoklah PRU tahun 2008, dalam senyap-senyap rakyat menghukum BN.
"Zaman kini mungkin rakyat tidak guna pentas jalanan sebaliknya guna pentas undi," katanya.
Semalam satu perhimpunan menyokong Anwar oleh kumpulan yang menamakan diri #KITALAWAN di hadapan kompleks beli belah Sogo, dilihat kurang mendapat sambutan.
Perhimpunan bermula tepat jam 4.30 petang itu dibuat sebagai sebahagian daripada kempen March to Freedom anjuran ahli keluarga Anwar bagi membebaskannya daripada hukuman penjara.
SH
Eh eh eh Rafizi ni, biarkanlah saja Umno tu nak berseronok sakan, kalau tak sekarang, bila lagi? Mood rakyat kita semua sudah faham, sokongan kpd UMNO/BN sudah tentu akan merosot lagi. Biarlah mereka leka dibuai keseronokan yg palsu itu.
BalasPadam"Zaman kini mungkin rakyat tidak guna pentas jalanan sebaliknya guna pentas undi," katanya.
BalasPadamYang ajak pi berdemo ramai2 tu buat apa?? Tunggu pilihanraya je la...
Rakyat boleh hidup dalam kesempitan pemimpin semua bilionair maklum malaysia masih aman...terkejut tengok senarai elaun yang ditolak TGNA bagaimana elaun2 menteri tentu berlipat kali ganda...
BalasPadamundi bn bertambah kuat. ramai dah sedar siapa anwar. maklumat dihujung jari.
BalasPadamPolitik di Malaysia nie semua x bole dihrp Sgt..., masing2 hanyalah nk penuhkn tembolok mereka jer.. Kita rakyat yg miskin nie jer la yg sering diperbodohkn...
BalasPadam