Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, April 21, 2015

HANYA VAMPIRE TAKUTKAN LAMBANG SALIB - WARDINA


Wardina mohon maaf penganut Kristian berhubung protes salib

'Hanya vampire takutkan lambang salib,' kata Wardina Safiyyah, ketika meminta maaf bagi pihak umat Islam berikutan insiden protes di luar sebuah gereja di Taman Medan, Petaling Jaya, Ahad lalu. – Gambar Facebook, 21 April, 2015.

Selebriti tempatan Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot memohon maaf kepada penganut Kristian selepas kira-kira 50 penduduk di Taman Medan, Petaling Jaya mengadakan protes mendesak sebuah gereja menurunkan lambang salib Ahad lalu.

Menulis di laman Facebook, Wardina menganggap tindakan penduduk Taman Medan itu tidak mencerminkan sifat sebenar umat Islam.

"Saya harap salib dibiarkan di situ. Jangan turunkan. Saya bersimpati kepada saudara beragama Kristian. Saya minta maaf kerana anda dibuli oleh saudara Islam saya," katanya melalui tulisan di Facebook.



Wardina dengan nada kesal berkata, orang Islam sejak berabad dulu termasuk semasa zaman Nabi Muhammad hidup secara harmoni dengan penganut Kristian.
Beliau yang pernah membintangi filem, drama dan menjadi pengacara rancangan televisyen tempatan berkata umat Islam Malaysia seharusnya membiarkan penganut Kristian mengamalkan kepercayaan mereka dengan bebas.

Kira-kira 50 orang berkumpul di luar gereja baharu itu pada Ahad, yang terletak di sebuah rumah kedai, menuntut salib dipasang di rumah ibadat itu dibuang kerana dikatakan mengancam Islam.

Salah seorang pemimpin Umno yang turut hadir ialah Datuk Abdullah Abu Bakar, abang kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Penunjuk perasaan dilaporkan berkata kewujudan salib di kawasan majoriti Melayu Islam itu mencabar agama Islam dan boleh menjejaskan akidah anak muda.

Salib berkenaan dibawa turun oleh pemimpin gereja beberapa jam selepas protes itu.

Wardina turut menyindir tindakan kumpulan protes tersebut dengan berkata hanya "vampire" takutkan lambang salib

"Dalam era materialisme orang yang memiliki kepercayaan yang ikhlas memberi inspirasi kepada saya. Pengabdian, keikhlasan dan ikatan kepada Tuhan ialah satu pengalaman yang mengharukan dan memberi kesedaran kepada mereka yang memiliki iman sahaja.

"Kepada orang Islam, bertindaklah seperti orang Islam. Hanya vampires takutkan salib. Sampaikan salam saya kepada Pastor dan sampaikan permohonan maaf saya kepada penganut Kristian Taman Medan

Menurut Wardina, beliau terpanggil menulis kenyataan solidariti kepada penganut Kristian kerana memahami bagaimana rasanya menjadi golongan minoriti

"Kenapa entri ini penting, kerana saya tahu bagaimana rasanya menjadi minoriti. Bagaimana terlukanya apabila dibuli kerana kepercayaan anda dan amat bermakna bila penganut bukan Islam tampil menyatakan solidariti.

"Apabila penduduk bukan Islam tampil menyokong kami di Australia, saya amat bersyukur dan berterima kasih, ia amat bermakna. Saya harap kita boleh menyatakan solidariti terhadap penganut Kristian meskipun segelintir daripada kita melayan mereka dengan teruk," kata selebriti itu yang kini menyambung pengajiannya di Australia. – 21 April, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/wardina-mohon-maaf-penganut-kristian-berhubung-protes-salib#sthash.xRi62puv.dpuf


13 ulasan:

  1. Vempire ni sejenis iblis hisap darah..dah tentu x sembahyang..

    BalasPadam
  2. Wardina sepatutnya membaca sejarah hubungan Islam-Kristian seperti Perang Bosnia, Perang Salib, Perang Aceh-Belanda, Perang Melaka-Portugis, Spanish Inquisition dll sebelum membuat sebarang kesimpulan.

    Fakta sejarah menunjukkan orang Kristian tidak menghormati hak beragama orang Islam. Orang Kristian Serb membunuh orang Islam Bosnia semata-mata kerana mangsa yang dibunuh beragama Islam. Dan tentera pengaman dari Belanda bersubahat dengan pengganas Kristian dalam pembunuhan orang Islam beramai-ramai di Srebrenica dari 11 Julai 1995 – 13 Julai 1995

    Sejarah telah membuktikan orang Islam menghormati hak orang Kristian, Yahudi dll untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing di Sepanyol (Spain). Apabila Sepanyol jatuh ke tangan Kristian, orang-orang Kristian memaksa orang Islam dan Yahudi dll memeluk agama Kristian dan merampas harta benda orang Islam dan merampas dan mengubah SEMUA masjid menjadi gereja. Orang Islam dan Yahudi yang enggan memeluk agama Kristian dibunuh atau dihalau keluar dari Sepanyol. Cuba baca Spanish Inquistion !

    Pada pendapat saya , rakyat negara ini berhak membuat demonstrasi secara aman menentang gereja haram di Taman Medan kerana negara ini adalah negara demokrasi bukan negara komunis. Adakaha menjadi kesalahan membuat demonstrasi terhadap gereja haram? Orang Kristian pun pernah menentang pembinaan masjid di luar negara !

    Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah mengesahkan bahawa gereja itu beroperasi TANPA lesen dan kebenaran MBPJ:

    [Quote] PETALING JAYA: City council officers have classified the church in Taman Medan at the centre of the “cross protest” as unlicensed as it has not submitted a written application to operate as a place of worship. It was also revealed that the church at Metro Square PJS2B/3 had no permit to put up a cross on its building. PJ City Council (MBPJ) public relations officer Zainun Zakaria said a three-hour licensing data check has revealed that the shoplot used as a church “does not have a license to operate as a place of worship”. [Unquote]

    Sumber: http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/04/21/Cross-protest-Taman-Medan-no-licence/

    BalasPadam
  3. Termaktub dlm perlembagaan persekutuan bahawa agama islam adalah merupakan agama rasmi Malaysia dan pd masa yg sama penganut agama lain juga bebas menganuti agama masing2. Itu dari sudut perlembagaan dan dari segi moralnya ia juga selari dgn ajaran islam itu sendiri. Selagi penganut agama lain tidak mendatangkan ancaman kpd agama islam, mereka adalah berhak untuk mengamalkan ajaran agama mereka.

    لكم دينكم ولي دين (Al-kafirun ayat 6) , itu adalah antara ayat dari firman Allah jua, membawa maksud 'Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku'.

    Sebarang tindakbalas kpd mereka kerana perlakuan silam mereka (di tempat lain pula tu), menunjukkan anda adalah sama seperti mereka juga tiada bezanya langsung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebarang tindakbalas kpd mereka kerana perlakuan silam mereka (di tempat lain pula tu) ????

      Orang Kristian dan paderi kristian dan pemimpin politik pernah membuat demonstrasi menentang pembinaan masjid di luar negara dari masa ke masa. Contoh:

      (1) Manhattan (2010), USA

      (2) Sunshine Coast Queensland (2014), Australia

      (3) Dudley (2015) , UK.

      Walaupun penindasan ke atas orang Islam berlaku di luar negara, semua orang Islam adalah bersaudara. Surah Al-Hujurat ayat 10 telah menyatakan dengan jelas bahawa sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara ! Cubit paha kanan, paha kiri pun merasa juga !

      Padam
    2. Kamu hanya berhujah separuh benar shj walaupun memberikan rujukan ayat 10 surah al- Hujarat itu. Sila berikan rujukan nas atau hadis yg membenarkan tindakan mengacau ganggu terhadap rumah ibadat agama bukan islam pula, jika ada barulah hujah kamu boleh diterima. Aku harap kamu dapat tunjukkan nas atau hadis itu.

      Padam
  4. Mengapa pihak kristian mahu membina gereja di kawasan orang Islam? Apakah tujuan mereka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kamu suruhlah supaya perlembagaan persekutuan itu dipinda supaya tiada rumah ibadat baru agama bukan islam tidak dibenar untuk didirikan.

      Padam
  5. Ha ha ha puak mana yg setuju menerima peranan Inggeris melakar perlembagaan negara ?

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama22/4/15 9:05 PG

    sokong wardinah 100% islam mengajar kita supaya saling hormat menghormati kerana islam itu indah tetapi telah diburukkan oleh segelintir orang

    BalasPadam
  7. wardina oh wardina...

    orang lain yang buat biaq pi la dia tanggung...

    apa pasai hang pulak mintak mahap bagi pihak umat Islam...

    kat Malaysia jer dah ada berapa juta umat Islam...

    kalu seluruh dunia pulak dah berapa billion...

    cukup satu orang umat Islam tak redha hang jadi wakil dia...

    maka hang tak buleh dakwa hang wakil umat Islam...

    tak gitu?

    ke guane?

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama23/4/15 1:25 PG

    banyak lagi tempat lain boleh bina gereja tu..
    apa sebab nak bina di kawasan orang islam..
    ini memang nak cari pasal la...
    ni puak2 yg nampak gigi dan mata saja tu agaknya...

    BalasPadam
  9. Di tempat kami taman samudra bt caves.. khir toyo yg lulus utk wat gereja..

    BalasPadam
  10. Di tempat kami taman samudra bt caves.. khir toyo yg lulus utk wat gereja..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive