Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, April 10, 2015

NAJIB TAK KENAL ALTANTUYA


Datuk Seri Najib Razak menegaskan sekali lagi malam ini beliau tidak mengenali warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dan tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kes pembunuhan kejam itu.

Perdana menteri berkata kes pembunuhan Altantuya itu kisah lama dan beliau sendiri sudah melafazkan sumpah menafikan penglibatannya di sebuah masjid di Permatang Pauh pada 2008.

“Ini cerita lama, 2008. Dah lama dah.



"Sebenarnya saya dah melafazkan sumpah tiga kali - wallahi, wabillahi, watallahi - termasuk di sebuah masjid di Permatang Pauh pada 2008, yang saya tidak mengenali Altantuya.
"Dan saya tidak terlibat sama sekali sama ada secara langsung atau tidak langsung," katanya dalam program Soal Jawab TV3 Edisi Khas malam ini.

Najib berkata pihak polis pada waktu itu sudah menjalankan siasatan serta melihat kepada kaitan yang dikatakan wujud antaranya dengan kes itu.

"Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri dah melaporkan, dan ketua polis negara pada masa itu dah buat kenyataan, saya tak terlibat.

"Dan tidak ada bukti sama sekali saya pernah mengenali Antantuya,” katanya.

Najib berkata, Mahkamah Persekutuan sudah pun membuat keputusan mengenai kes pembunuhan Altantuya dan integriti mahkamah tidak perlu dipersoalkan dalam hal ini.

Ditanya sama ada Dr Mahathir pernah bertanya kepadanya mengenai kes itu, Najib berkata, dalam pertemuan mereka kes pembunuhan Altantuya itu pernah dibincangkan secara tidak langsung, tetapi bekas perdana menteri itu tidak mempersoalkan penglibatannya.

"Saya lihat beliau tak persoalkan penglibatan saya dalam (kes) Altantuya. Dan saya anggap perkara ini tak berbangkit sama sekali.

“Bila saya bincang dengan Dr Mahathir, saya tunjuk saya tetap hormat dia, misalnya, walaupun saya perdana menteri, saya pergi ke rumahnya. Saya tak benarkan dia datang rumah saya.

“Tapi macam mana pun, bila kita bincang, kesudahannya saya perlu membuat keputusan sebagai perdana menteri,” katanya.

Ketika ditanya mengapa Dr Mahathir masih memainkan isu pembunuhan Altantuya walaupun sudah mendapat penjelasan, Najib berkata ada beberapa perkara yang tidak diperstujui bekas perdana menteri itu.

“Ada satu, dua perkara yang dia nak saya buat tapi saya dah beri pandangan atas perkara ini. Misalnya dia tak setuju Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), dia minta saya buat jambatan bengkok ganti Tambak Johor.

"Saya dah bagi pandangan atas perkara ini. Saya anggap ini sebagai perbincangan antara dua individu... agak sihat... kalau ada perbezaan pendapat, tapi macam mana pun akhirnya saya kena bertanggungjawab kepada rakyat dan parti.

"Dan kebanyakan perkara ini saya bawa dalam Kabinet dan Kabinet akan putuskan,” katanya.

Katanya, walaupun penjelasan sudah diberikan kepada Dr Mahathir mengenai perkara yang dibangkitkan, satu keputusan yang bertanggungjawab perlu diputuskan melibatkan pandangan kolektif jemaah menteri. – 9 April, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saya-tak-kenal-tak-terlibat-kes-altantuya-ulang-najib#sthash.JntzqAWK.dpuf

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive