Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Februari 23, 2010

Felda Rugi RM1 Billion bersama 1Malaysia - Zabiedie Abas

Oleh Roziyah Mahamad



KUALA LUMPUR : Kumpulan Felda Holding ketika ini didakwa telah mengalami kerugian sekitar RM1 Billion pada 2009, demikian menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan, Zabiedie Abas dalam suatu kenyataan medianya baru-baru ini.


Menurut beliau, berita ini dikatakan sedang hangat dibicarakan di banggunan Felda. 


"Ada sumber menyebut bahawa Pengarah Besar Felda Datuk Dzulkifli Abdul Wahab telah dilantik bagi menggantikan Datuk Ahmad Tarmizi Alias yang dikatakan terpaksa dibersarakan berpunca daripada kerugian tersebut.


"Ahmad Tarmizi juga dikatakan tidak bersendirian 'digugurkan', malah beliau bersama lebih 50 pegawai bergaji sekitar RM3,000 dan 2 orang pegawai bergaji RM 11,000 telah dipecat. Jika berita ini benar, maka satu lagi malapetaka di bawah pentadbiran kerajaan 1Malaysia," jelas Zabiedie.


Beliau berkata, sebelum ini kes mahkamah yang dimenangi oleh peneroka Felda Kemahang adalah penipuan besar dan dipercayai bahawa kira-kira 103 ribu peneroka ditipu melalui kaedah yang sama. 


"Teorinya adalah sama di seluruh tanah rancangan Felda iaitu peneroka telah ditentukan awal menjual minyak sawit bergred rendah sebelum kelapa sawit dijual kepada kilang sawit.


Menurut beliau, yang lebih keji dan hina, buah sawit muda dicuri oleh kilang Felda kemudian diproses dan minyaknya dijual. Manakala diumumkan kepada peneroka bahawa, buah sawit tersebut telah dilupuskan (buah sawit yang dikatogerikan muda yang dijual oleh peneroka).


"Tahukah orang ramai, bahawa hal ini dilakukan setiap hari di seluruh kilang milik Felda selama berpuluh tahun? Adakah ini palsu? Semua bekas, pengurus serta pekerja kilang Felda ada jawapannya. Sila siasat jika kenyataan ini adalah fitnah," kata beliau.


erapakatan




2 ulasan:

  1. puak ni depa tak heran langsung felda nak rugi ke, nak lingkup ke, nak jahanam ke, nak apa ke........ yg penting buah muda boleh dijuai dan depa boleh buat duit........

    kpd peneroka ......siasat betoi-betoi...jangan tak siasat.......
    sepatutnya peneroka dah ada gran tanah selepas berusaha berpuluh tahun........tok nenek dah silih beganti...ada yg dah pergi......anak cucu dok macm tu jugak........orang lain yg dok bepeluh......orang lain yg dok begaya.......inilah felda ku.......tanah bertuah di bumi permata

    kalau anda berjalan ke seluruh malaysia.......
    dari perlis sampai ke sabah serawak.......nampak menghijau pokok-pokok sawit.......jangan tanya berapa juta pokok.......
    dalam kekayaan jumlah pokok sawit sebegitu....rakyat mesia ada yg tak mampu nak beli miyak sawit melebihi 2 peket......ada supermarket yg tak benar beli lebih 2 peket.......malaysia ooooooo malaysia
    bumi kaya........rakyat semekin........pasai tu ada yg dok ingat felda tu depa punya............

    BalasPadam
  2. datuk zulkifli wahab still felda director general..datuk tarmizi ex DG also still work with felda under gedung makanan negara project...so this article is just rubbish for me

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive