Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Februari 25, 2010

Pelajar dipaksa berbogel oleh senior


SEORANG pelajar perempuan menanggalkan pakaiannya di sebuah sekolah tinggi di Korea Selatan.

SEOUL - Polis Korea Selatan menyatakan gambar sekumpulan remaja lelaki dan perempuan yang berbogel dan tersebar di Internet sebenarnya dipaksa berbuat demikian oleh beberapa pelajar senior mereka di sebuah sekolah tinggi di negara itu, lapor media semalam.

Pada minggu lalu, komuniti Internet gempar selepas melihat kira-kira 40 remaja Korea Selatan membentuk piramid manusia dalam keadaan bogel manakala tubuh mereka dibaling dengan tepung dan telur.

Beberapa imej lain menunjukkan mereka berdiri sambil menutup bahagian sulit atau sedang melucutkan seluar dalam masing-masing.

Media tempatan melaporkan gambar-gambar memalukan itu merupakan sebahagian daripada parti penutup majlis tamat persekolahan sebuah sekolah tinggi di Ilsan dalam wilayah Gyeonggi.

Beberapa mangsa berkata, mereka menerima mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada beberapa pelajar senior yang memberi amaran mereka akan menerima hukuman serius sekiranya enggan menghadiri parti itu.

Mengulas mengenainya, Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak menganggap insiden memalukan itu sebagai isu budaya dan berjanji akan mencari jalan untuk mengubah sistem pendidikan negara bagi mengelak kejadian sama daripada berulang.

Sementara itu, polis mengklasifikasi kes itu sebagai jenayah dan akan memanggil 20 pelajar sekolah tinggi untuk disoal siasat kerana terbabit dalam insiden itu.
- Agensi




KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive