Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Februari 24, 2010

Ke mana hala tuju kambing di era fesbuk

Ini adalah siaran ulangan dengan sedikit tokok tambah.

Hujah Dangkal di TV9

Hangpa ada tengok rancangan Hujah kat TV9 malam tadi ke? Kalau tak tengok rugi,tengok pun rugi,mana ada untung tengok tv.Buang masa saja.Kalau nak untung pi jual enjin jet la.Tidak pun jadi orang tengah beli kapal selam yang tak boleh menyelam.

Apa sebab mankaq sangat rancangan Hujah semalam? Sebabnya nampak sangat ahli panel yang dijemput bercakap tanpa fakta tentang apa yang dikatakan oleh UMNO (bukan rakyat yang kata)iaitu pemerintahan kuku besi dan perkauman Lim Guan Eng di Pulau Pinang.Begitulah lebih kurang tajuk rancangan Hujah tersebut.



Mamat ni nama dia Simon Lim kot kalau tak silap.Tak tau wakil dari parti mana, yang pasti dia bukan dari DAP.Akupun malas nak google dari mana mamat ni mai.Cara bercakap dia memang out la.No point.Tiada fakta.Yang ada hanya auta.Very the! Main hentam DAP saja.Tu pun ada hati nak ganti Lim Guan Eng jadi KM Pulau Pinang.Dia kata Lim orang Melaka boleh jadi KM Pulau Pinang takkan dia dari Johor tak boleh jadi KM Pulau Pinang. Kah! Kah! Kah! Kalau nak jadi KM sangat tunggu la PRU 13 nanti ambik calon kat Penang. Nak tengok hang jadi Ketua Menteri ka Ketua Mentara. Ketua mentara ni kalau hang nak tau ketua tukang angkat nasi dan ayaq bila ada kenduri kawin.




Mamat ni pulak bila Prof.Agus tanya pasai pa Umno tak kecoh bila negeri lain seperti Pahang,Perlis tak buat perarakan Maulidur Rasul,dia boleh kata negeri lain berbeza dari segi sensitiviti berbanding rakyat Pulau Pinang.Dia tak tau ka yang tak puas hati tu cuma Umno je.Mangkuk besi punya jawapan dari seorang profesor.Ini profesor atau kailan ikan masin ni? Aku tengah lapar ni....dapat cilok dengan telur dadar sedap ni....kah kah kah...

Kepada TV9,lain kali kalau nak bercakap pasal Pulau Pinang,panggil la Lim Guan Eng turun.Atau panggil la Timbalan Ketua Menteri ka. Dengaq cerita minggu depan Hujah nak sambung lagi dengan panel yang sama tapi dengan tajuk "Ke mana hala tuju DAP selepas ini?". Aku rasa kalau hangpa nak gunakan panel yang sama baik hangpa tukaq tajuk lain la.Nak cakap pasal DAP panggil la orang DAP masuk studio.Kalau tidak, baik tukar tajuk jadi "Ke mana hala tuju kambing di era fesbuk".biaqpila.blogspot.com betulla....





KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive