Dey Macha

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Ogos 16, 2011

Zaman tipu lembu berkaca mata hijau sudah berlalu



KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Zaman untuk BN hendak menipu rakyat seperti pengembala lembu yang memakaikan cermin mata hijau kepada lembunya supaya lembu tersebut memakan rumput kering sudah berlalu.



Justeru, AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, kerajaan BN mesti mengikut peredaran zaman dengan membenarkan semua parti pembangkang dapat akses dalam media perdana seperti tuntutan Bersih 2.0.

“Biarkan rakyat yang menjadi hakim setelah mendapat maklumat sebenar.

“Hentikan laporan berita yang berat sebelah, sedangkan pembangkang tidak dibenarkan untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Ini ekoran kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya kerajaan mengkaji semula tapisan terhadap media, setelah tindakan kerajaan ke atas The Economist mengenai perhimpunan Bersih 2.0 telah memberi kesan buruk kepada imej negara.

Najib menyatakan perkara tersebut ketika majlis berbuka puasa bersama media di bangunan Bernama.

Menurut Idris, sekarang baru beliau sedar zaman hari ini segala maklumat tidak boleh disembunyikan lagi.

“BN berada di dalam situasi yang berbeza ketika ini. PRU 13 BN akan menghadapi cabaran media baru seperti blog, twitter, face book semua ini menghantui BN,” katanya lagi.

HD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

  1. Salam Ramadhan,

    Blog Biaq Pila diperakui tlh mencetuskan persaingan yang amat hebat di dalam dunia media maya politik tanah air.

    Mohon JASA baik Tuan untuk link blog saya..

    JOURNEYMAN
    http://journeyisman.blogspot.com/

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive