Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Julai 11, 2012

31 ditangkap di depan pejabat MB Pahang

Sekumpulan 31 orang ditangkap polis kira-kira jam 4 petang ini (semalam) di depan Pejabat Menteri Besar Pahang dalam bantahan 'Occupy' sejak 1 tengahari tadi(semalam).

Tiga belas lelaki, 12 perempuan dan enam orang kanak-kanak ditahan selepas enggan berganjak selagi tidak mendapat tarikh dan masa untuk bertemu Datuk Seri Adnan Yaakob bagi menyelesaikan masalah berkenaan tanah, gerai dan rumah di Cameron Highland.





Kumpulan itu dibawa ke sebuah balai polis di Kuantan, kata setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM) cawangan Cameron Highland, Suresh Kumar, seorang daripada mereka yang ditahan.

"Kami ditahan selepas kami bertegas akan hanya bersurai selepas mendapat tarikh untuk bertemu menteri besar Pahang," katanya.

Menurut Suresh lagi, mereka sedang mengusahakan kehadiran peguam untuk membantu mereka pada masa ini.

NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam kenyataan segeranya memberitahu antara masalah yang dihadapi kumpulan itu adalah masih tidak diberikan lesen operasi sementara (TOL) walaupun telah berkebun selama 40 tahun, tanah dirampas, permohonan tanah tidak diluluskan, perobohan kedai milik seorang ibu tunggal dan kedai dipaksa dikosongkan untuk memberi laluan kepada pembangunan.

NONEMasalah-masalah tersebut juga masih belum diselesaikan walaupun mereka telah menghantar 17 surat kepada pejabat daerah Cameron, bertemu mereka sebanyak tujuh kali, menghantar 15 surat kepada menteri besar Pahang dan bertemu sebanyak dua kali, serta menghantar empat pucuk surat ke pejabat perdana menteri dan bertemu pegawainya sebanyak dua kali.

Kumpulan itu sebelum ini pernah merancang untuk berhimpun di Putrajaya bagi menuntut perkara yang sama tetapi membatalkannya selepas Adnan Yaakob dikatakan bersetuju bertemu mereka untuk berbincang.

Sehingga jam 8 malam ini (semalam), semua yang ditahan sudah selesai memberi keterangan kepada pegawai polis, kata Suresh Kumar.

Mereka kini bagaimanapun masih belum dibebaskan kerana polis masih menunggu arahan Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff.
 
Sementara itu, Bernama melaporkan ACP Mohd Jasmani berkata mereka ditahan pada jam 3.50 petang apabila mereka gagal mengikuti arahan secara baik yang dikeluarkan oleh polis.
   
Beliau berkata kumpulan itu dipercayai datang dari Cameron Highlands untuk berjumpa Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob mengenai isu tanah, bagaimanapun gagal kerana beliau tiada di Kuantan.
   
"Ekoran daripada itu, mereka berkumpul di pintu masuk Wisma Sri Pahang sebagai tanda protes pada 10.45 pagi sebelum setiausaha sulit kepada Menteri Besar datang dan membawa 14 orang daripada mereka ke pejabat untuk berbincang," katanya kepada pemberita.

Bagaimanapun, katanya selepas perbincangan selesai kira-kira 12 tengah hari, kumpulan berkenaan masih berdegil dengan meneruskan perhimpunan itu sebelum tiga orang daripada mereka dipanggil semula untuk berbincang.

Polis kemudian terpaksa menahan kesemua mereka kerana bukan sahaja tidak berganjak dari kawasan bangunan berkenaan malah turut memasang khemah dan kain rentang di pintu masuk.
   
Jasmani berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 13 lelaki dewasa, 12 perempuan dewasa berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun serta enam kanak-kanak 4 hingga 16 tahun.
   
Katanya seorang daripada mereka dikenali sebagai K. Uttaya, 23, yang dikehendaki polis kerana kes dadah mengikut Seksyen 15 (1(a) Akta Dadah Berbahaya.
   
Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan kes disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 90 Akta Polis dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, berkelakuan tidak senonoh dan mengadakan perhimpunan haram.


MK

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive