Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Julai 10, 2012

VIDEO AMUK PEDANG SAMURAI DI JPM PUTRAJAYA

Video yang dirakamkan oleh salah seorang sahabat yang berada di lokasi kejadian saat Polis melepaskan tembakan kepada suspek tersebut. Bagaimana pun, beliau tidak dibenarkan menghampiri suspek.

source: http://milosuam.blogspot.com/2012/07/video-ketika-suspek-mengamuk-di-jpm.html#ixzz208nVZJ00


kredit: milosuam

Polis mengesahkan lelaki yang mengamuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya meninggal dunia di hospital selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari.

"Siasatan awal dapati suspek telah menggelarkan dirinya sebagai 'Imam Mahadi ' manakala suspek perempuan masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya," menurut kenyataan polis Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan polis, seorang lagi suspek perempuan pula terkena tembakan di bahagian paha kanan dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya.

Pihak berkuasa juga mendakwa, suspek yang mengamuk dengan melibas pedang samurai berjaya memasuki kawasan itu setelah menuju ke pos pengawal dan meletakkan pedang samurai di leher polis bantuan.

"Bila berada di dalam perkarangan Kompleks B, kedua-dua suspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kereta Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik kakitangan JPM," menurut polis.

Polis juga memberitahu, anggota cawangan pencegahan jenayah dan anggota MPV yang sampai kemudian juga diserang oleh kedua-dua suspek menggunakan pedang samurai.

Justeru, polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan, menurut kenyataan itu lagi.

MK

Polis sahkan kematian lelaki dakwa 'Imam Mahadi'


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

2 ulasan:

  1. tak tahulah siapa yang akan didakwa ' nak gulingkan kerajaan dan menderhaka Agong ' pulak kali ni., dulu kes al maunah kat sauk tu nak cuba babitkan PAS kali ni tak tahulah cam mana pulak skrip citer nya., hanya kita perlu berhati-hati dan waspada ngan umngok yang meraban gila meroyan tu. maklumlah dalam keadaan yang begitu 'terdesak' yang amat sangat orang akan lakukan apa saja., kena sentiasa waspada ngan puak-puak durjana ni.. kalau ada agenda tersembunyi ... be alert at all time ... mamat 'imam mahadi' tu mana punya geng tak tahu lah., geng kosong lapan ke, geng kampung dusun tak pun geng hantu jepun, cam geng songkok tinggi pun ada ...


    belajar dari insiden al maunah dulu

    BalasPadam
  2. ni siapa "tanpa nama"..yang bongok ni?..komen pasal org mengamuk pi kait dengan politik. Sokonglah kerajaan..jangan ngok pi sokong parti yang berpakat dengan kafir jahat tu buat hapa!. orang yang sokong utk guling kerajaan ni perasan tak..mereka terdiri drpd org yang rosak akhlak. jiwa kacau, bukan kakitangan awam (jeles kakitangan awam naik gaji), pengangur,fidofilia, dan semua jenis org yang rosak jiwa..fikirkan.drpd "tanpanama yg bijak"..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive