Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Julai 26, 2012

EXCO ARAH PANTAU KOPITIAM MASAK KATAK


Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, pihak berkuasa akan membuat pemantauan segera berhubung aduan kopitiam yang didakwa memasak menu katak di bahagian dapurnya.Menurutnya, kedai kopitiam di situ tidak mempunyai sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang diiktiraf.“Pasukan penguatkuasa akan membuat pemantauan jika mereka ada menyebut atau mempamerkan logo halal di restoran mereka.

“Pihak pengurusan halal bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan membuat pemeriksaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Gantian Tetap Kesihatan Awam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Ong Ah Teong berkata, dia telah menghubungi Pejabat Kesihatan Negeri dan juga Bahagian Kesihatan Awam MPPP untuk membuat tindakan segera.

Menurutnya, sekiranya terdapat isu halal ia akan diserahkan kepada Jakim sementara pihaknya akan memantau isu kebersihan.

“Ini adalah perkara yang agak sensitif, memang ada restoran yang tidak halal memasak daging yang tidak boleh dimakan orang Islam, tetapi katak amat jarang dan kami memandang berat aduan ini,” katanya.

Ah Teong turut memaklumkan sebelum ini pihaknya sudah membuat pemeriksaan ke atas premis berkenaan dan ia pernah mendapat Gred A.

Selain kopitiam berkenaan, sebuah lagi kopitiam di tempat yang sama turut pernah diperiksa MPPP.

“Memang tempat itu adalah salah satu tempat yang mana menjadi lokasi pemeriksaan kami kerana terdapat ramai pelanggan di sana, namun kami akan membuat pemeriksaan sekali lagi dalam masa terdekat.

“Saya juga mendapat aduan kedai kotor di sekitar Jelutong namun tidak dapat membuat pemeriksaan kerana ditutup pada bulan Ramadan,” katanya.

Untuk mana-mana orang awam yang mempunyai aduan mengenai kebersihan kedai makanan boleh terus menghubungi talian hotline MPPP, 042637637.

kl-today

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive