Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Julai 14, 2012

Polis benar Himpunan Oren berarak



JANGAN LUPA SOLAT ZOHOR DI MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN JALAN DUTA
14 JULAI 2012

Gerakan Selamatkan Felda (GSF) hari ini berkata polis memberi kebenaran untuk mengadakan perarakan ke Istana Negara dalam Himpunan Oren esok (HARI INI).

Koordinator GSF Mazlan Aliman berkata peserta dibenarkan untuk berbuat demikian dengan kawalan ketat pasukan polis dan Unit Amal PAS sehingga jarak 600 meter daripada pintu Istana Negara.

NONEMazlan (berbaju warna jingga) berkata demikian selepas perbincangan dengan pihak polis di Balai Polis Kepong selama hampir dua jam petang ini.

Difahamkan, perarakan sejauh lebih 3 kilometer itu akan bermula di perkarangan letak kereta kompleks mahkamah Jalan Duta, melalui Jalan Sri Hartamas dan seterusnya menuju pintu ketiga Istana Negara.

Menjelaskan laluan perhimpunan itu, Mazlan berkata pihaknya akan berhimpun di tempat letak kereta di luar kompleks mahkamah Jalan Duta selepas solat Zohor dan hajat kemudian disusuli dengan ucapan pemimpin GSF dan wakil peneroka sebelum berarak ke Istana Negara.

"Kita tidak berada di laluan utama, kerana mungkin menyebabkan gangguan jalan raya... Jalan tak ditutup," kata Mazlan sambil menambah sebanyak 1,000 anggota Unit Amal dikerahkan mengawal lalu lintas.

NONEMazlan yang juga presiden Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) berkata daripada jarak 600 meter itu, seramai lapan orang wakil mereka yang dipersetujui oleh pihak Istana akan diiringi polis untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, polis juga membenarkan pemberita berada di pintu Istana itu dan GSF akan mengadakan sidang media selepas menghantar memorandum tersebut di situ.

"Atas persetujuan bersama, kalau ada unsur provokasi daripada pihak luar, kita menyerahkan (perkara itu) kepada polis untuk mengambil tindakan tegas," katanya.

Mazlan berkata polis dalam pertemuan tersebut pada awalnya tidak mahu mereka berarak, namun kemudiannya bertukar pandangan apabila wakil GSF menekan bahawa mereka tidak mempunyai pilihan lain, selepas lebih lapan bulan "gagal mendapat respon daripada kerajaan".

Sehubungan itu, Mazlan mengucapkan terima kasih kepada pihak polis khususnya kepada Ketua Polis Sentul Zakaria Pagan dan Ketua Polis Brickfields Wan Abd Bari berhubung kebenaran tersebut.

Mazlan turut menjelaskan, polis juga membenarkan peserta meletak kenderaan di tempat letak kereta di bangunan Matrade yang akan dan dipantau keselamatannya.

GSF merancang perhimpunan tersebut bagi menyerahkan memorandum untuk memohon Yang di-Pertuan Agong campurtangan berhubung isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings.MK

Klik pada gambar untuk besarkan.

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive