Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Disember 17, 2013

KERETA SERANG KEDAI P1 WIMAX???



Sudah menjadi pengetahuan umum heboh di laman sosial apabila banyak luahan tidak berpuas hati pengguna P1 Wimax yang mengatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap perkhidmatan internet P1 Wimax yang dikatakan sering menipu pelanggan. Ramai pengguna yang dikatakan tertipu dengan “janji manis” yang disebut oleh jurujual mereka.


Salah satu kemuncak rasa tidak puas hati ini apabila salah seorang pelanggan telah mengamuk di kaunter P1 Wimax di Selayang Mall baru-baru ini.

Sekarang kemarahan rakyat terhadap P1 Wimax telah membuak-buak mengakibatkan sebuah lagi outlet P1 di sebuah lokasi area Damansara telah hancur dilanggar oleh sebuah kenderaan pengguna yang marahkan dengan permainan tipu daya... 

Pihak SKMM perlu masuk campur dan ambil tindakan sewajarnya jika apa yang diluahkan ini benar.

Untuk rakyat yang rasa tidak puas hati cara begini bukanlah diizinkan oleh undang-undang.

pakat-pakatkalih



TAWARAN IKLAN MURAH DI BIAQPILA SEMPENA TAHUN BARU 2014!!!
UNTUK BULAN DISEMBER 13/JANUARI 14 SAHAJA
IKLAN BANNER HANYA RM20 SEBULAN
SILA EMEL KEPADA biaqpila@gmail.com


2 ulasan:

  1. Tahniah.harimau.muda.layak.ke.semi.final.sukan.sea.

    BalasPadam
  2. Salam sejahtera, tanpa prejudis, kami mendapati artikel saudara ada mempunyai unsur fitnah dan kesalahan fakta mengenai insiden yang melibatkan syarikat kami.

    Dukacita dinyatakan, sama ada niat anda memuatnaik artikel ini adalah dengan sengaja atau tidak, artikel ini telah memberikan tanggapan negatif terhadap syarikat kami. Untuk fakta sebenar mengenai artikel ini (insiden Selayang & Rempuhan Kereta), sila muat turun maklumat berikut di pautan ini http://bit.ly/penafianp1_2 .

    Kami memohon jasa baik anda agar saudara dapat memadamkan atau membetulkan fakta ini dalam tempoh 48 jam, sekiranya saudara gagal berbuat demikian, pihak kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas saudara.

    Sekali lagi, kami memohon jasa baik saudara agar lebih prihatin, bertanggungjawab dan beretika dalam melaporkan sesuatu berita.

    Sekian terima kasih

    Nota: Sekiranya saudara adalah salah seorang yang terkesan dengan CTOS, saudara boleh merujuk kembali kepada kami melalui http://bit.ly/p1ctosinv untuk siasatan semula.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive