Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Disember 29, 2013

SAMM NAK SAMAN TIMBALAN KETUA POLIS KL?

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata beliau bercadang untuk memulakan tindakan undang-undang ke atas  timbalan ketua polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh atas tuduhan yang mengaitkan beliau dan NGO tersebut 'himpunan guling kerajaan' pada malam 31 Disember.

Katanya beliau juga akan memulakan saman ke atas agensi media yang menyiarkan fitnah dan propaganda tersebut.

“Tuduhan tersebut lebih jijik lagi apabila disambung dengan propaganda jahat iaitu perancangan mengebom dan sebagainya,” kata Badrul Hisham dalam satu kenyataannya hari ini.

SAMM menegaskan berulang kali bahawa himpunan tersebut adalah protes aman ke atas kenaikan kos sara hidup dan bukannya tindakan keganasan untuk mengguling kerajaan, katanya lagi.

“Namun pemerintah yang menganggap kebangkitan kesedaran rakyat sebagai tekanan telah memulakan  propaganda dengan memunculkan persepsi jahat terhadap himpunan protes kenaikan kos sara hidup sebagai 'himpunan guling kerajaan.

“Maka media perdana digunakan sepenuhnya bagi mengalih isu dari kenaikan kos sara hidup kepada guling kerajaan,” katanya lagi.

Beliau mendakwa, Amar Singh turut menuduh SAMM menyimpan bom tangan.

“Datuk Amar Singh Ishar Singh telah buat sidang media seolah-olah ada maklumat gempar, seperti menjadi lidah kepada propaganda jahat tersebut apabila menyebut nama beberapa individu dan beberapa organisasi termasuk nama (saya) dan gerakan SAMM sebagai terlibat anjur himpunan guling kerajaan pada malam tahun baru, dikaitkan pula konon punya simpanan bom tangan dan sebagainya," katanya.

Beliau turut menuntut agar Amar Singh meminta maaf dan menarik balik tuduhan.

“Saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan semua media jahat yang menjadi lidah penyambung fitnah tersebut.

“Isnin ini, saya dan SAMM akan menghantar notis undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan media-media terbabit. Saya akan memulakan proses saman sebanyak RM100 juta ke atasnya.

malaysiakini

4 ulasan:

  1. 100 juta sikit, saman maksimum boleh sedekah sebahagian pada orang yg.susah baru jadi robinhood.

    BalasPadam
  2. aku sokong indakan ko bro saman jer...biar padan muka dia...ada ker org nak protes kenaikan kos sara hidup...ada ker banggang di katakan nak gulingkan kerajaan kalau nak bodek naik pangkat lagi berpada pada la

    BalasPadam
  3. bahasa malaysia pun x fahamke makna protes hehe

    BalasPadam
  4. dolu dolu ake Kelas Dewasa boleh brlajar kalau x faham. skg dah jdi Dewa tu rasa bosa kopalo Bila bosa kopalo tu x leh fikir la

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive