Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, April 14, 2014

PBB KECAM BRUNEI LAKSANA HUDUD


Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia (OHCHR) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengkritik keputusan Brunei yang mahu melaksanakan hukum hudud di negara itu, lapor AFP.Jurucakap OHCHR, Rupert Colvile berkata, pihaknya prihatin dengan keputusan Brunei dalam pelaksanaan hukum hudud yang memperuntukkan hukuman mati bagi beberapa kesalahan.

Beliau memberitahu pemberita, kesalahan-kesalahan ini termasuk rogol, zina, liwat, hubungan seks luar nikah untuk orang Islam termasuk jenayah lain seperti rompakan dan pembunuhan.

Beliau turut menyentuh kesalahan lain seperti menghina Nabi Muhammad SAW, al-Quran dan hadis boleh dijatuhi hukuman mati.

“Pelaksanaan hukuman mati bagi pelbagai kesalahan ini melanggar undang-undang antarabangsa,” katanya.

Tekannya, melalui undang-undang antarabangsa, hukuman rejam hingga mati diklasifikasikan sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan bermaksud ia diharamkan di bawah perjanjian hak asasi manusia.

Sejak 1957, Brunei tidak melaksanakan hukuman mati.


Oktober tahun lalu, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memperkenalkan hukuman hudud, termasuk merejam sampai mati mereka yang didapati bersalah kerana berzina.

Akta baru undang-undang syariah itu dikatakan telah dikaji selama bertahun-tahun.

kl-today



4 ulasan:

  1. Tanpa Nama16/4/14 8:33 PG

    Kaum yahudi n Nasrani sentiasa mencari jalan utk memerangi islam dengan mengunakan kuasa yang ada melalui perbahagai pertubuhan kononya menjaga hak asasi manusia... Negar islam yang kaya like di Asia Barat menjadi tukus belaan mereka.. Mereka telah bunuh ramai org islam di Iraq, Afganistan

    BalasPadam
  2. semoga hudud terlaksana dibumi berunai dan menjadi model kepada negara lain.

    BalasPadam
  3. pbb yg kacau daun apahal. awak tu kafir !!

    BalasPadam
  4. Tegakkan hukum allah walau terpaksa dibyr dgn darah. Wahai saudaraku semuslim jgn takut utk tegakkan syariat allah, biar seluruh manusia membenci yg penting allah redha dgn kita. Takbir 3x

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive