Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, April 10, 2014

PERISIKAN RUSIA DEDAH LOKASI MH370

Perisikan Russia Dedah Lokasi Sebenar MH370, Bukan Di Lautan Hindi


Sumber perisikan Rusia mendakwa MH370 yang dikatakan telah terhempas di Lautan Hindi sebenarnya telah dirampas dan dilarikan ke Afghanistan, berhampiran sempadan Pakistan.


Menurut akhbar The Sun, sumber yang rapat denfan FSB (badan perisikan 
Rusia) memberitahu akhbar negara itu; “Semua penumpang masih hidup,
mereka telah dibahagikan kepada 7 kumpulan dan hidup dalam pondok tanah
dengan hampir tiada makanan,”.

Kenyataan itu bagaimanapun belum dapat disahkan sepenuhnya. Kehilangan 
MH370 sejak 8 Mac bulan lalu adalah misteri terbesar dunia.

Kapal berkenaan hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan 
Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam. Pesawat itu
sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Misi pencarian membabitkan pelbagai negara digerak bagi menjejaki
pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di sepanjang
dua koridor iaitu koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan
Turkemistan ke utara Thailand dan koridor selatan, meliputi dari
Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Susulan analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini, satelit Inmarsat
milik syarikat telekomunikasi United Kingdom dan AAIB merumuskan
Penerbangan MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya
ialah di tengah-tengah Lautan Hindi ke barat Perth, Australia.

Pada 24 Mac, 17 hari selepas pesawat itu hilang, kerajaan Malaysia
mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.

Kawasan pencarian bagi pesawat MH370 kini ditumpukan ke satu kawasan
kira-kira 1,100 kilometer ke barat Perth, Australia berdasarkan nasihat
terkini kumpulan penyiasat antarabangsa.

Pada peringkat ini, kesemua 239 anak kapal dan krew dianggap telah meninggal dunia. ~mynewshub/addin


idahsalam


8 ulasan:

  1. Kat sini ke komando2 malaysia di hantar haritu dan tanpa khabar berita? Apa jadi komando malaysia?

    BalasPadam
  2. This Is What U Really Want !! >>> CLICK HERE !!

    BalasPadam
  3. Komando tu kabar nya mengiringi anak menantu balik keKazahstan maklumlah dia penjenayah yang dikehendakki oleh INTERPOL.....sambil ru gi mengintip2lah kot kenegara TAN TAN TAN......

    BalasPadam
  4. Ini semua menambah lagi versi ( koleksi) kisah mh. Kita terpaksa menunggu seorang pengarah filem holywood mencari cerita asalnya ( skrip) Dgn harapan waris2.mangsa mendapat cerita sebenarnya.

    BalasPadam
  5. Ini semua menambah lagi versi ( koleksi) kisah mh. Kita terpaksa menunggu seorang pengarah filem holywood mencari cerita asalnya ( skrip) Dgn harapan waris2.mangsa mendapat cerita sebenarnya.

    BalasPadam
  6. berani buat ulasan , berani tanggung...kasihani lah kami.....

    BalasPadam
  7. bebas tapi sopan12/4/14 3:16 PG

    emm...detective conan sikit ari lagi akn tiba bantu selsai kan misteri khilangan ni..

    BalasPadam
  8. Itu black box/k.htm.pctw..?&lht..ok

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive