Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Disember 05, 2014

ANWAR MASIH DATUK SERI

Gelaran 'Datuk Seri' dianugerah kepada saya tanpa permintaan - Anwar



KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A) pada 1992 tanpa membuat sebarang permintaan atau permohonan.

Anwar berkata, Darjah Kebesaran itu dianugerahkan kepada beliau oleh Almarhum Tuanku Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

"Darjah Kebesaran S.S.S.A ini telah dikurniakan kepada saya pada tahun 1992 oleh almarhum Tuanku Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tanpa saya membuat sebarang permintaan atau permohonan, dan saya menjunjung kasih terhadap ihsan almarhum Tuanku yang telah berkenan untuk mengurniakan penghormatan ini kepada saya," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Anwar membuat kenyataan tersebut bagi mengulas kenyataan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani bahawa Darjah Kebesaran S.S.S.A yang membawa gelaran "Datuk Seri" itu ditarik balik berkuatkuasa 3 November.

Katanya, beliau akan terus menjunjung perlembagaan, raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen serta perjuangan meningkatkan martabat rakyat.

"Pada masa yang sama, saya akan terus bertugas sebagai penasihat ekonomi Selangor demi menjaga kepentingan negeri Selangor dan rakyatnya," katanya lagi.

Dalam satu kenyataan awal hari ini, istana Selangor memaklumkan bahawa gelaran "Datuk Seri" yang dianugerahkan kepada Anwar ditarik balik atas alasan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mempersoal kewibawaan dan kuasa Sultan dan Institusi Raja ketika krisis Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

Biarpun Darjah Kebesaran S.S.S.A itu ditarik balik, Anwar masih boleh menggunakan "Datuk Seri" kerana mempunyai tiga lagi Darjah Kebesaran yang membawa gelaran yang sama.

Antaranya Darjah Seri Utama Negri Sembilan (S.P.N.S.) dari Negri Sembilan, Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N.) dari Pulau Pinang (membawa gelaran Datuk Seri Utama ) dan Sabah – Darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

awani

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive